Puad pertahan cadang anak jadi calon, dakwa pemilihan tidak adil

June 25, 2026 · Politik

Mohd Puad Zarkashi menegaskan keputusan meninggalkan UMNO bukan berpunca daripada rasa tidak puas hati kerana anaknya gagal dipilih sebagai calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, sebaliknya sebagai tanda protes terhadap sistem pemilihan calon yang didakwanya tidak telus.

Bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor itu berkata dakwaan beliau keluar parti kerana isu pencalonan anaknya adalah tidak tepat, malah mendakwa terdapat beberapa keputusan pemilihan calon yang wajar dijelaskan oleh kepimpinan parti.

“Saya keluar bukan kerana anak saya tidak dipilih, tetapi kerana membantah sistem pemilihan calon yang saya lihat tidak adil. Apabila suara saya tidak dipedulikan, apa lagi pilihan yang saya ada? Parti akhirnya menjadi milik eksklusif segelintir pihak,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Khamis.

Mohd Puad turut menggesa Setiausaha Agung UMNO, Asyraf Wajdi Dusuki, menjelaskan beberapa keputusan pemilihan calon Barisan Nasional (BN) bagi PRN Johor yang menurutnya menimbulkan persoalan.

Beliau membangkitkan pemilihan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Endau, Alwiyah Talib, yang baru kembali menyertai UMNO selepas meninggalkan Bersatu, namun terus dipilih sebagai calon BN.

Mohd Puad juga mempersoalkan tindakan menggugurkan bekas ADUN Tiram, Azizul Bachok, yang disifatkannya sebagai pemimpin muda berpotensi, sebelum digantikan dengan seorang calon lebih berusia.

“Kenapa calon muda diketepikan? Tidakkah ini mencerminkan amalan kronisme dalam pemilihan calon?” soalnya.

Mengulas dakwaan beliau mahu anaknya dicalonkan di DUN Rengit, Mohd Puad mempertahankan tindakannya dengan menyifatkan cadangan itu sebagai sesuatu yang tidak salah.

“Salahkah kalau saya mencadangkan anak saya? Kalau tidak boleh, kenapa ada anak pemimpin bahagian lain yang diberi peluang bertanding? Tidak salah mencadangkan anak yang sudah dilatih dan bersedia memikul tanggungjawab,” katanya.

Beliau turut mengibaratkan situasi itu seperti seorang jurulatih yang melatih anaknya dalam sukan tinju sebelum membenarkannya memasuki gelanggang apabila sudah bersedia.

Kenyataan Mohd Puad dibuat sebagai reaksi terhadap dakwaan Asyraf Wajdi mengatakan tindakan beliau meninggalkan UMNO berkait rapat dengan kegagalan mendapatkan pencalonan untuk anaknya pada PRN Johor.

Kontroversi itu tercetus ketika BN sedang berdepan cabaran menyusun calon bagi menghadapi PRN Johor, dengan isu pemilihan calon menjadi antara topik hangat susulan beberapa pertukaran nama pada saat akhir serta rasa tidak puas hati dalam kalangan pemimpin dan akar umbi parti.

Berita berkaitan
Selepas Puad keluar UMNO, bekas ADUN Layang-Layang pula umum sertai Bersatu
June 25, 2026· Politik
153 laporan polis dibuat terhadap Puad, siasatan dijalankan
3 jam lalu· Politik
Lima bilik gerakan SPRM beroperasi 24 jam sempena PRN Johor
6 jam lalu· Politik
AMK yakin anak muda nilai berdasarkan prestasi, bukan retorik Rafizi
6 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
PRN Johor: Rundingan dengan UMNO gagal, Samsuri tandatangan watikah calon
8 jam lalu · Politik
UMNO bukan parti warisan keluarga, Asyraf tegur Puad
8 jam lalu · Politik
Dakwa universiti awam jual tempat, ADUN Jitra dihadapkan ke mahkamah
8 jam lalu · Politik
Onn Hafiz nafi dakwaan Puad, UMNO Johor buat laporan polis
11 jam lalu · Politik
PRN Johor: Agihan kerusi, isu logo BN jadi punca rundingan UMNO-PAS buntu
11 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Anwar gesa pengundi Johor pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya
June 15, 2026
[VIDEO] Ada negara stesen minyak ditutup, negara Arab naikkan harga: Anwar
June 15, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok