Pakatan Harapan.
Pakatan Harapan (PH) menyasarkan untuk meningkatkan jumlah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenangi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali ini berbanding 12 kerusi yang diperoleh pada pilihan raya negeri 2022.
Pengarah Komunikasi PH, Fahmi Fadzil berkata sasaran itu mampu dicapai sekiranya seluruh jentera gabungan berusaha bersungguh-sungguh sepanjang tempoh kempen.
“Kita akan usahakan yang terbaik. Kita bermula daripada 12 kerusi yang dimenangi pada PRN Johor 2022 dan sudah tentu kita berharap serta akan bekerja keras untuk meningkatkan jumlah itu.
“Bagi Parti Keadilan Rakyat (PKR) pula, kita bermula dengan satu kerusi iaitu di Bukit Batu,” katanya selepas Program JIWA@Komuniti Madani Sembang Santai Edisi Piala Dunia FIFA 2026 di Pasar Awam Parit Jawa hari ini.
Turut hadir calon PH bagi DUN Sungai Balang, Soraya Badaruddin.
Mengulas tempoh kempen selama dua minggu, Fahmi berkata, masih banyak ruang untuk PH memperkenalkan pelbagai inisiatif bagi meyakinkan pengundi supaya memberikan mandat kepada gabungan itu.
“Insya-Allah kita sudah merancang dan menyusun beberapa idea yang akan diketengahkan sepanjang kempen ini.
“Ketua Setiausaha PH, Saifuddin Nasution Ismail juga telah memaklumkan bahawa manifesto PH untuk Johor akan dilancarkan dalam beberapa hari lagi. Saya percaya manifesto itu akan membuktikan kesungguhan PH untuk membentuk kerajaan negeri serta memenangi lebih banyak kerusi,” katanya.
Semalam, Barisan Nasional (BN) turut menyatakan keyakinan untuk menambah jumlah kerusi yang dimenangi pada PRN Johor kali ini, sekali gus menjadikan persaingan antara gabungan utama dijangka lebih sengit.
Pada PRN Johor 2022, PH memenangi 12 daripada 56 kerusi DUN yang dipertandingkan, dengan DAP muncul sebagai penyumbang terbesar kepada kemenangan gabungan itu, diikuti Amanah dan PKR.
Keputusan pilihan raya kali ini dilihat penting dalam menentukan kekuatan PH di Johor, terutama selepas pembentukan Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan.
Maszlee uji sendiri jalan Tebrau, akui ‘melambung’ naik Myvi: Bernama
Jangan alih isu, AMK mahu Onn Hafiz jelaskan janji BN dulu yang tertunggak
Selepas ‘ceraikan’ Bersatu, Hadi gesa orang Melayu mengundi pemimpin Islam pula
PRN Johor: Puad dakwa UMNO bergantung dengan kerjasama PAS untuk menang
Bersama sahut cabaran PRN Johor, di mana Wawasan bertanding? – Rafizi
[VIDEO] Anwar gesa pengundi Johor pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya
[VIDEO] Ada negara stesen minyak ditutup, negara Arab naikkan harga: Anwar