Onn Abu Bakar garis enam tekad majukan DUN Senggarang

10 jam lalu · Politik

Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Senggarang, Onn Abu Bakar tampil dengan enam tekad utama yang menjadi asas tawarannya kepada pengundi bagi meningkatkan kualiti hidup dan mempercepat pembangunan kawasan itu.

Menurut Onn, fokus utama beliau adalah memastikan setiap lapisan masyarakat menikmati pembangunan yang lebih seimbang merangkumi aspek infrastruktur, ekonomi, pendidikan dan kebajikan.

“Saya komited membawa perubahan yang memberi manfaat kepada seluruh warga Senggarang melalui enam tekad utama. Bersama kita majukan Senggarang demi masa depan yang lebih baik,” katanya dalam satu kenyataan media.

Beliau berkata, tekad pertama memberi tumpuan kepada usaha meningkatkan liputan internet dan telekomunikasi yang lebih berkualiti di taman perumahan, kampung serta kawasan luar bandar bagi memastikan rakyat tidak ketinggalan dalam era digital.

Selain itu, Onn turut berjanji menambah serta menaik taraf lampu jalan di kawasan kampung bagi meningkatkan tahap keselamatan penduduk, sekali gus mengurangkan risiko jenayah dan kemalangan.

Beliau juga mahu mempercepatkan projek naik taraf jalan raya, longkang dan sistem saliran sebagai langkah mengatasi masalah kesesakan, banjir kilat serta kesan air pasang besar yang sering membelenggu beberapa kawasan.

Dalam aspek ekonomi, Onn berkata beliau akan memberi perhatian kepada usahawan, peniaga, nelayan, petani dan pekebun melalui penyediaan latihan, akses pembiayaan serta peluang perniagaan bagi memperkukuh ekonomi tempatan.

Katanya, pembangunan modal insan turut menjadi keutamaan menerusi usaha memperluaskan akses kepada pendidikan dan latihan teknikal serta vokasional (TVET), pendidikan digital dan kecerdasan buatan (AI) bagi melahirkan generasi muda yang lebih berdaya saing.

“Bagi aspek kebajikan pula, saya akan memperkasa Pusat Khidmat Rakyat supaya golongan warga emas, orang kurang upaya (OKU), ibu tunggal dan mereka yang memerlukan tidak tercicir daripada menerima bantuan,” katanya.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali ini, kerusi DUN Senggarang menyaksikan pertandingan tiga penjuru apabila Onn berdepan dua pencabar daripada Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN).

Berita berkaitan
Bersatu tidak akan arah ahli undi parti lain macam PAS buat: Muhyiddin
1 jam lalu· Politik
PRN Johor: Lebih 24,000 kertas undi pos mula diedarkan
1 jam lalu· Politik
Puad dakwa Onn Hafiz takut berdebat, pernah diminta hadkan perbahasan DUN
1 jam lalu· Politik
PRN Johor: Amanah bidas UMNO terdesak mengemis sokongan PAS
3 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Maszlee uji sendiri jalan Tebrau, akui ‘melambung’ naik Myvi: Bernama
4 jam lalu · Politik
Jangan alih isu, AMK mahu Onn Hafiz jelaskan janji BN dulu yang tertunggak
4 jam lalu · Politik
Selepas ‘ceraikan’ Bersatu, Hadi gesa orang Melayu mengundi pemimpin Islam pula
6 jam lalu · Politik
PRN Johor: Puad dakwa UMNO bergantung dengan kerjasama PAS untuk menang
6 jam lalu · Politik
Bersama sahut cabaran PRN Johor, di mana Wawasan bertanding? – Rafizi
10 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Anwar gesa pengundi Johor pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya
June 15, 2026
[VIDEO] Ada negara stesen minyak ditutup, negara Arab naikkan harga: Anwar
June 15, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok