18,000 permohonan tambahan kuota diesel BUDI MADANI: MoF

June 29, 2026 · Isu semasa

Lebih 18,000 pemilik kenderaan diesel jenis pikap dan kenderaan utiliti sukan (SUV) yang layak telah mengemukakan permohonan tambahan kuota diesel bersubsidi sebanyak 100 liter sebulan menerusi portal rasmi BUDI MADANI setakat jam 10 malam semalam.

Menteri Kewangan II, Amir Hamzah Azizan berkata pelaksanaan awal BUDI MADANI Diesel (BUDI Diesel) yang memasuki hari kedua berjalan lancar tanpa sebarang gangguan teknikal, sekali gus memberi keyakinan kepada pengguna untuk memanfaatkan skim berkenaan.

“Setakat ini, lebih 40,000 transaksi telah direkodkan sejak pelaksanaan awal BUDI Diesel bermula. Kita juga menerima lebih 18,000 permohonan tambahan kuota daripada pemilik kenderaan yang layak,” katanya selepas meninjau pelaksanaan BUDI Diesel di Stesen Minyak PETRONAS NKVE arah Damansara malam tadi.

Beliau berkata, permohonan tambahan kuota boleh dibuat secara dalam talian melalui portal rasmi BUDI MADANI, manakala mereka yang memerlukan bantuan boleh mendapatkan khidmat di pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Pusat Transformasi Bandar (UTC) serta kaunter yang disediakan syarikat minyak terpilih.

Menurutnya, kerajaan turut menyediakan kemudahan pemindahan kuota subsidi kepada pengguna sebenar sekiranya pemilik berdaftar kenderaan tidak sama dengan individu yang menggunakan kenderaan berkenaan.

“Permohonan pemindahan kuota juga boleh dibuat melalui portal yang sama. Kita akan memastikan kuota itu dipindahkan kepada pengguna sebenar supaya bantuan sampai kepada pihak yang layak,” katanya.

Beliau menjelaskan, selepas pemindahan diluluskan, sistem di stesen minyak akan mengesahkan penggunaan kuota berdasarkan nombor kad pengenalan pengguna baharu yang dipautkan kepada kuota subsidi berkenaan.

“Jumlah kuota kekal mengikut kelayakan kenderaan, namun hanya boleh digunakan oleh individu yang telah didaftarkan dalam sistem,” katanya.

Amir Hamzah turut memaklumkan sehingga kini tiada sebarang isu teknikal dilaporkan sama ada membabitkan sistem BUDI MADANI mahupun operasi di stesen minyak.

Katanya, kerajaan akan terus memantau pelaksanaan inisiatif itu bagi memastikan segala urusan berjalan lancar menjelang pelaksanaan penuh bermula 1 Julai.

BUDI Diesel merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan menyalurkan subsidi diesel secara lebih bersasar kepada golongan yang layak di Semenanjung Malaysia.

Di bawah pelaksanaan awal yang bermula kelmarin, penerima menikmati diesel bersubsidi pada harga RM2.15 seliter bagi kuota anjal sehingga 200 liter sebulan, sebelum kadar itu diselaraskan kepada RM2.10 seliter mulai Rabu ini.

Berita berkaitan
Zaid Ibrahim puji langkah bijak Bersatu, Syed Saddiq tandatangan CSA dengan kerajaan
October 30, 2026· Politik
CSA perkukuh kestabilan politik negara: Zaliha
3 jam lalu· Politik
Dewan Rakyat lulus Belanjawan 2027, perbahasan masuk fasa kedua
3 jam lalu· Isu semasa
Taufiq sambut baik CSA Kerajaan MADANI, ketengah budaya politik matang: Taufiq
18 jam lalu· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Kempen Internet Selamat fokus penguatkuasaan keselamatan digital: Fahmi
22 jam lalu · Isu semasa
Industri kreatif sumbang RM130.7 bilion kepada ekonomi negara
22 jam lalu · Isu semasa
Pengurangan duti hiburan bukan galak hedonisme, jana ekonomi kreatif: Fahmi
22 jam lalu · Isu semasa
Parlimen: 1,588 rakyat Malaysia ditahan di luar negara kerana dadah
October 29, 2026 · Isu semasa
Shuhaily kembali ke PDRM, jawatan Ketua Pengarah AKPS kosong: Saifuddin Nasution
October 29, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok