Jangan alih isu, AMK mahu Onn Hafiz jelaskan janji BN dulu yang tertunggak

3 jam lalu · Politik

Angkatan Muda Keadilan (AMK) mendakwa Menteri Besar Johor, Onn Hafiz Ghazi, masih gagal menunaikan 11 manifesto Barisan Nasional (BN) yang dijanjikan kepada rakyat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor 2022.

Ketua Penerangan AMK, Danish Hairudin berkata tindakan Onn Hafiz mempertikaikan kelewatan Pakatan Harapan (PH) mengumumkan manifesto PRN Johor hanyalah usaha mengalih perhatian daripada kegagalan kerajaan negeri memenuhi janji yang dibuat kepada Bangsa Johor.

Menurutnya, sebelum mempersoalkan manifesto pihak lawan, Onn Hafiz seharusnya terlebih dahulu menjelaskan status pelaksanaan pelbagai janji BN selepas lebih empat tahun mentadbir negeri itu.

“Sebelum mempertikaikan manifesto pihak lain, Onn Hafiz sepatutnya menjelaskan terlebih dahulu mengapa begitu banyak janji BN masih gagal ditunaikan selepas lebih empat tahun mentadbir Johor,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, PH tidak pernah gentar menawarkan agenda kepada rakyat dan akan membentangkan 10 tawaran utama dalam masa terdekat yang disifatkan lebih realistik serta berpaksikan keperluan semasa rakyat Johor.

Danish turut mendakwa beberapa projek utama yang dijanjikan dalam manifesto BN masih belum direalisasikan, termasuk pembangunan Batu Pahat Barter Trade Port dan Pasar Borong Digital Johor.

Selain itu, katanya, skim pinjaman tanpa faedah berjumlah RM100 juta menerusi Johor Niaga yang diumumkan sebelum PRN juga didakwa tidak menunjukkan kesinambungan selepas pilihan raya.

Beliau turut membangkitkan isu bantuan kebajikan yang menurutnya tidak dilaksanakan seperti dijanjikan.

“Bantuan RM150 kepada pelajar daripada keluarga berpendapatan RM3,001 hingga RM7,000 tidak dilaksanakan seperti dijanjikan, manakala bantuan RM500 kepada mahasiswa Johor daripada keluarga B40 akhirnya hanya menjadi RM200.

“Janji untuk menaikkan bantuan am Jabatan Kebajikan Masyarakat kepada RM500 juga tidak ditunaikan apabila jumlah yang diterima rakyat jauh lebih rendah,” katanya.

Sebelum ini, Onn Hafiz dilaporkan mempersoalkan PH kerana masih belum mengumumkan manifesto pilihan rayanya, sekali gus menggesa gabungan itu menyatakan tawaran yang ingin dibawa kepada rakyat Johor.

Berita berkaitan
Bersatu tidak akan arah ahli undi parti lain macam PAS buat: Muhyiddin
June 29, 2026· Politik
PRN Johor: Lebih 24,000 kertas undi pos mula diedarkan
June 29, 2026· Politik
Puad dakwa Onn Hafiz takut berdebat, pernah diminta hadkan perbahasan DUN
June 29, 2026· Politik
PRN Johor: Amanah bidas UMNO terdesak mengemis sokongan PAS
2 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Maszlee uji sendiri jalan Tebrau, akui ‘melambung’ naik Myvi: Bernama
3 jam lalu · Politik
Selepas ‘ceraikan’ Bersatu, Hadi gesa orang Melayu mengundi pemimpin Islam pula
5 jam lalu · Politik
PRN Johor: Puad dakwa UMNO bergantung dengan kerjasama PAS untuk menang
5 jam lalu · Politik
Bersama sahut cabaran PRN Johor, di mana Wawasan bertanding? – Rafizi
9 jam lalu · Politik
DAP dakwa wujud kerjasama BN-PN di PRN Johor, undi BN dapat PAS
9 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Anwar gesa pengundi Johor pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya
June 15, 2026
[VIDEO] Ada negara stesen minyak ditutup, negara Arab naikkan harga: Anwar
June 15, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok