PRN Johor: Amanah bidas UMNO terdesak mengemis sokongan PAS

3 jam lalu · Politik

Parti Amanah mendakwa tindakan UMNO mengadakan rundingan dengan PAS menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor membuktikan parti itu semakin terdesak untuk mendapatkan sokongan bagi mengekalkan kuasa.

Naib Presidennya, Mahfuz Omar berkata, pengakuan bekas Setiausaha Agung UMNO, Annuar Musa mengenai wujud rundingan rasmi antara kedua-dua parti menguatkan tanggapan UMNO kini tidak lagi yakin mampu meraih sokongan rakyat tanpa bantuan PAS.

“Jika benar UMNO begitu yakin dengan kekuatannya, mengapa perlu membuka rundingan dengan PAS? Jika benar sokongan rakyat kepada UMNO begitu kukuh, mengapa perlu mengharapkan arahan PAS supaya ahli-ahlinya mengundi BN di kawasan tertentu?” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Mahfuz, tindakan itu memberi gambaran UMNO sedang mencari “talian hayat” daripada PAS walaupun kedua-dua parti sebelum ini sering bertelagah dan saling mengkritik antara satu sama lain.

Beliau berkata, PAS pernah melabel UMNO dengan pelbagai gelaran negatif termasuk sebagai pengkhianat, namun kini UMNO dilihat sanggup mengetepikan semua tuduhan tersebut demi mendapatkan sokongan politik.

“UMNO bukan lagi meminta mandat rakyat semata-mata, tetapi dilihat sedang mencari talian hayat daripada PAS,” katanya.

Mahfuz turut mempersoalkan sama ada slogan UMNO untuk bertanding secara solo masih relevan sekiranya parti itu pada masa sama berusaha mendapatkan sokongan penyokong PAS.

Beliau berkata, sekiranya hubungan politik antara UMNO dan PAS sedang dipulihkan, perkara itu wajar dijelaskan secara terbuka kepada rakyat, khususnya pengundi di Johor.

Katanya, pilihan raya sepatutnya menjadi medan untuk parti mendapatkan mandat berdasarkan dasar, prestasi dan integriti, bukannya bergantung kepada sokongan atau arahan daripada parti lain.

“Rakyat Johor mahukan kepimpinan yang yakin dengan mandat rakyat, bukan kepimpinan yang dilihat bergantung kepada ihsan pihak lain untuk terus berkuasa,” katanya.

Sebelum ini, Annuar mengesahkan wujud perbincangan rasmi antara UMNO dan PAS berhubung kemungkinan kerjasama dalam menghadapi PRN Johor, sekali gus mencetuskan pelbagai reaksi daripada parti politik.

Berita berkaitan
Bersatu tidak akan arah ahli undi parti lain macam PAS buat: Muhyiddin
June 29, 2026· Politik
PRN Johor: Lebih 24,000 kertas undi pos mula diedarkan
June 29, 2026· Politik
Puad dakwa Onn Hafiz takut berdebat, pernah diminta hadkan perbahasan DUN
June 29, 2026· Politik
Ketua UMNO Kangar bersama dua pengarah diarah bayar balik kes tiket umrah
3 jam lalu· Isu semasa
Lagi Politik terkini
Maszlee uji sendiri jalan Tebrau, akui ‘melambung’ naik Myvi: Bernama
3 jam lalu · Politik
Jangan alih isu, AMK mahu Onn Hafiz jelaskan janji BN dulu yang tertunggak
3 jam lalu · Politik
Selepas ‘ceraikan’ Bersatu, Hadi gesa orang Melayu mengundi pemimpin Islam pula
5 jam lalu · Politik
PRN Johor: Puad dakwa UMNO bergantung dengan kerjasama PAS untuk menang
5 jam lalu · Politik
Bersama sahut cabaran PRN Johor, di mana Wawasan bertanding? – Rafizi
9 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Anwar gesa pengundi Johor pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya
June 15, 2026
[VIDEO] Ada negara stesen minyak ditutup, negara Arab naikkan harga: Anwar
June 15, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok