Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini mengeluarkan sebanyak 24,677 kertas undi pos kepada pengundi yang layak bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 sebagai sebahagian daripada persiapan menjelang hari pengundian pada 11 Julai ini.
Setiausaha SPR, Khairul Shahril Idrus berkata, proses pengeluaran kertas undi pos itu dilaksanakan serentak oleh petugas pilihan raya di semua 56 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) mengikut Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pengundian Pos) 2003.
Menurut beliau, daripada keseluruhan jumlah itu, sebanyak 23,288 kertas undi pos dikeluarkan bagi kategori Borang 1A yang melibatkan petugas pilihan raya, ahli dan pegawai SPR, anggota polis, anggota tentera serta petugas media.
“Sebanyak 1,044 kertas undi pos pula dikeluarkan bagi kategori Borang 1B membabitkan warganegara Malaysia yang tinggal di luar negara, manakala 345 lagi bagi kategori Borang 1C melibatkan agensi atau organisasi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata, proses pengeluaran kertas undi pos itu turut disaksikan wakil calon daripada semua parti politik dan individu yang bertanding bagi memastikan urusan berkenaan berjalan secara telus.
Khairul Shahril turut mengingatkan semua pengundi pos supaya membuat penandaan pada kertas undi dengan betul serta melengkapkan Borang Perisytiharan Identiti (Borang 2) sebelum menghantar semula dokumen berkenaan kepada Pegawai Pengurus DUN masing-masing.
“Kertas undi pos hendaklah dikembalikan secepat mungkin dan mesti diterima sebelum jam 5 petang pada hari pengundian, iaitu 11 Julai,” katanya.
Dalam masa sama, beliau menasihatkan pengundi supaya menjaga kerahsiaan undi masing-masing dengan tidak merakam gambar kertas undi atau menularkannya di media sosial kerana ia boleh menjejaskan integriti proses pilihan raya.
PRN Johor kali ini menyaksikan seramai 172 calon bertanding bagi merebut 56 kerusi DUN. Pengundian awal ditetapkan pada 7 Julai, manakala hari pengundian penuh berlangsung pada 11 Julai.
Jangan alih isu, AMK mahu Onn Hafiz jelaskan janji BN dulu yang tertunggak
Selepas ‘ceraikan’ Bersatu, Hadi gesa orang Melayu mengundi pemimpin Islam pula
PRN Johor: Puad dakwa UMNO bergantung dengan kerjasama PAS untuk menang
Bersama sahut cabaran PRN Johor, di mana Wawasan bertanding? – Rafizi
DAP dakwa wujud kerjasama BN-PN di PRN Johor, undi BN dapat PAS
[VIDEO] Anwar gesa pengundi Johor pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya
[VIDEO] Ada negara stesen minyak ditutup, negara Arab naikkan harga: Anwar