Seorang pelajar sekolah menengah cedera ditikam di Banting: Laporan

July 6, 2026 · Isu semasa

Seorang pelajar dilaporkan cedera selepas ditikam dalam satu kejadian di sebuah sekolah menengah di sini pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Mohd Akmalrizal Radzi mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan keadaan mangsa kini stabil.

“Ya, saya sahkan kejadian itu dan akan mengeluarkan kenyataan dalam masa terdekat. Mangsa berada dalam keadaan stabil,” katanya dipetik laporan BH hari ini.

Kejadian itu menjadi tular di media sosial selepas beberapa rakaman video memaparkan suasana cemas di kawasan sekolah berkenaan.

Dalam salah satu rakaman, seorang remaja perempuan berpakaian hitam dilihat berjalan di sekitar kawasan sekolah sambil memegang objek dipercayai sebilah pisau.

Rakaman lain pula menunjukkan beberapa pelajar bertempiaran lari untuk menyelamatkan diri ketika kejadian berlaku.

Tularan itu turut mencetuskan pelbagai dakwaan mengenai latar belakang suspek, termasuk dakwaan individu terbabit merupakan bekas pelajar sekolah berkenaan yang pernah dibuang dan dipercayai mahu membalas dendam.

Bagaimanapun, polis belum mengesahkan dakwaan tersebut dan orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan.

Setakat ini, pihak berkuasa belum mendedahkan identiti suspek, jenis kecederaan dialami mangsa atau motif sebenar kejadian.

Kes berkenaan sekali lagi menimbulkan kebimbangan mengenai tahap keselamatan di institusi pendidikan, terutama selepas beberapa insiden keganasan membabitkan pelajar dan individu luar sekolah mendapat perhatian masyarakat sejak kebelakangan ini.

Pihak sekolah dan polis dijangka memberi penjelasan lanjut selepas siasatan awal selesai, termasuk sama ada kawalan keselamatan di kawasan sekolah akan dipertingkatkan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat atau rakaman berkaitan kejadian itu diminta menyalurkannya kepada pihak polis bagi membantu siasatan.

Berita berkaitan
Jangan tular video insiden sekolah: MCMC
October 22, 2026· Isu semasa
Jerebu: KPM tutup sekolah di lapan PPD Selangor
October 15, 2026· Isu semasa
Jerebu: Fadhlina jelaskan sekolah ditutup apabila IPU Cecah 200
October 15, 2026· Isu semasa
Jerebu: Sekolah di Johor, Melaka dan Negeri Sembilan ditutup esok
October 13, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Belanjawan 2027 angkat institusi Islam, pandangan tokoh agama diambilkira: PMX
6 jam lalu · Isu semasa
47,412 kandungan buli siber diminta dipadam, TikTok rekod tertinggi: Fahmi
6 jam lalu · Isu semasa
AGC ketuai siasatan khas jenayah kewangan, tiada individu atau syarikat terkecuali
6 jam lalu · Isu semasa
Harga diesel tanpa subsidi naik 20 sen, RON95 cecah RM4.42
6 jam lalu · Isu semasa
56,304 kandungan palsu diturunkan sejak 2023
13 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok