Jerebu: Fadhlina jelaskan sekolah ditutup apabila IPU Cecah 200

October 15, 2026 · Isu semasa

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menetapkan sekolah hanya ditutup apabila bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 200 selepas mengambil kira pandangan agensi berkaitan, termasuk Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma).

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata, pengurusan jerebu bukan sekadar menentukan sama ada sekolah perlu dibuka atau ditutup, sebaliknya turut melibatkan aspek kesihatan awam, alam sekitar dan pengurusan bencana.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat selepas KPM mengadakan perbincangan semula dengan agensi berkaitan bagi memastikan tindakan diambil berdasarkan kepakaran dan prosedur sedia ada.

“Dalam perbincangan itu, kita turut mengambil kira pandangan Nadma bahawa pengurusan jerebu negara perlu berpandukan Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan (PTJK).

“Selepas mengambil kira pandangan agensi berkaitan, KPM memutuskan untuk kembali menggunakan ketetapan dalam PTJK,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Fadhlina berkata, pihaknya memahami persoalan ibu bapa mengenai keputusan menutup sekolah hanya apabila IPU melebihi 200, sedangkan bacaan 150 sudah dikategorikan sebagai tidak sihat.

Menurutnya, setiap tahap bacaan IPU mempunyai tindakan berbeza mengikut tahap risiko dan langkah keselamatan yang ditetapkan.

“Apabila IPU melebihi 100, semua aktiviti luar bilik darjah dihentikan. Anak-anak tak perlu keluar untuk bersukan atau buat aktiviti di padang.

“Apabila IPU mencecah 200, sekolah ditutup serta-merta,” katanya.

Beliau berkata, kebimbangan ibu bapa mengenai kesihatan anak-anak pada tahap IPU 150 adalah berasas, namun pengurusan jerebu perlu dilaksanakan mengikut garis panduan yang mengambil kira pelbagai faktor.

Fadhlina turut menjelaskan, kebimbangan yang dizahirkan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim mengenai keadaan jerebu diberikan perhatian serius oleh KPM.

Katanya, pandangan ibu bapa dan orang ramai juga diambil kira, terutama apabila keputusan berkaitan persekolahan membabitkan kepentingan jutaan murid di seluruh negara.

Bagaimanapun, KPM memberikan kelonggaran kepada ibu bapa yang mempunyai anak dengan masalah kesihatan untuk tidak menghantar mereka ke sekolah ketika keadaan jerebu menimbulkan kebimbangan.

“Saya tahu bagi ibu bapa, kesihatan anak-anak bukan perkara yang boleh dikompromi. Saya pun melihatnya begitu. Namun, kita juga ada tanggungjawab memastikan mereka tidak terus kehilangan masa belajar,” katanya.

Beliau berkata, pengalaman ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini menunjukkan kesukaran untuk memulihkan pembelajaran yang tertinggal apabila sesi persekolahan terganggu dalam tempoh panjang.

Fadhlina menegaskan, KPM akan terus mendengar kebimbangan masyarakat dan merujuk kepada agensi berkemahiran dalam membuat keputusan berkaitan keselamatan murid.

Berita berkaitan
Peminjam PTPTN bergaji RM2,500 hanya perlu bayar RM50 sebulan: Adam Adli
1 jam lalu· Isu semasa
Tiada syarikat malaysia terbabit pembakaran hutan Indonesia: Fahmi
3 jam lalu· Isu semasa
Jangan tular video insiden sekolah: MCMC
October 22, 2026· Isu semasa
Super El Nino dijangka berlarutan hingga Januari 2027
October 22, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
MCMC siasat Facebook gagal sekat video serangan guru: Fahmi
1 jam lalu · Isu semasa
Peguam kelahiran Malaysia dilantik ketua rangkaian guaman global
2 jam lalu · Isu semasa
Anwar: Waze mungkin diharamkan demi keselamatan negara
4 jam lalu · Isu semasa
BDS sokong larangan Waze, minta pertimbang juga tamatkan kontrak AWS
4 jam lalu · Isu semasa
Kes cabul anak pegawai kanan polis: Arkitek bergelar Datuk dihadapkan ke mahkamah
8 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok