Jangan ulang kesilapan lama FELDA, berhutang bebankan peneroka: PMX

July 7, 2026 · Isu semasa

Pengurusan dan Ahli Lembaga Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) diminta mengamalkan tatakelola terbaik serta memastikan kesilapan pengurusan masa lalu tidak berulang sehingga membebankan peneroka dan kerajaan.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim, berkata kelemahan pengurusan terdahulu menyebabkan kerajaan terpaksa menanggung bayaran hutang hampir RM1 bilion setiap tahun, sedangkan peneroka tidak sepatutnya dipersalahkan atas masalah berkenaan.

“Kerajaan terpaksa keluarkan hampir RM1 bilion setahun, untuk apa? Bayar hutang. Apakah salah peneroka? Tidak. Salah pengurusan dan orang-orang yang diberi amanah serta salah guna,” katanya ketika berucap pada Sambutan Hari Peneroka dan 70 Tahun FELDA di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka, hari ini.

Menurut Anwar, prinsip tatakelola yang telus, berintegriti dan berkesan perlu menjadi asas pentadbiran FELDA supaya setiap dana awam dapat dimanfaatkan secara langsung oleh warga peneroka.

“Ini yang sebabnya harus kita ingat, jangan ulang kesilapan itu. Akhirnya yang terbeban, yang terpaksa bayar, kita,” katanya.

FELDA ditubuhkan pada 1956 sebagai agensi pembangunan tanah untuk membasmi kemiskinan luar bandar melalui penempatan semula dan pembangunan ekonomi peneroka.

Namun, agensi itu pernah berdepan isu kewangan serta hutang besar susulan beberapa keputusan korporat dan kelemahan pengurusan pada masa lalu.

Anwar turut berkata penganjuran sambutan ulang tahun FELDA di Jengka membuktikan kerajaan boleh menjimatkan kos tanpa menjejaskan nilai program, berbanding menganjurkannya di ibu negara.

“Saya minta disenaraikan beza kos adakan Hari Peneroka di sini dengan di ibu kota, jauh lebih murah. Kita dapat menyelamatkan dana dan dipulangkan kepada peneroka,” katanya.

Dalam perkembangan sama, beliau mengumumkan kerajaan akan mengembalikan model penjualan minyak sawit mentah kepada sistem asal sebelum penyenaraian FGV Holdings Berhad.

Langkah itu dibuat selepas perubahan model jualan sebelum ini menjejaskan keuntungan kilang sawit dan memberi kesan kepada 28 peratus pegangan ekuiti Koperasi Permodalan FELDA (KPF).

Menurutnya, pelaksanaan semula sistem asal itu dijangka menjana tambahan pendapatan sehingga RM42 juta kepada warga peneroka melalui KPF.

Kerajaan turut menyediakan RM15.85 juta bagi memperkukuh literasi digital di 317 rancangan FELDA yang layak menerusi kerjasama Kementerian Komunikasi dan Kementerian Digital, dengan sokongan infrastruktur Jalinan Digital Negara (JENDELA).

Selain itu, RM10 juta diperuntukkan untuk membaik pulih 370 sekolah di kawasan FELDA, manakala RM3 juta lagi disalurkan kepada pasukan kesihatan Skuad MAYA FELDA yang telah menjalankan lebih 18,000 saringan kesihatan di seluruh tanah rancangan.

Anwar berkata kerajaan akan terus memperkukuh FELDA supaya manfaat pembaharuan dapat dirasai peneroka, belia dan generasi baharu di tanah rancangan.

Berita berkaitan
Skandal FELDA: Laporan awal mula didedah minggu depan
3 jam lalu· Isu semasa
Pengampunan Najib: Anwar dedah apa yang dibincangkan dengan Agong
3 jam lalu· Politik
Isu letak jawatan: Anwar mahu jumpa Loke selepas pulang dari Shanghai
3 jam lalu· Politik
Pengampunan Najib: PH tegaskan tiada siapa mengatasi undang-undang
September 18, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Kes scam: Pesara guru rugi RM15,000 ditipu sindiket menyamar pegawai polis
3 jam lalu · Isu semasa
Projek Kampung Angkat MADANI perkasa kemudahan dua kampung di Kuala Pilah: Fahmi
3 jam lalu · Isu semasa
Akta Tahanan Rumah: Tahanan reman mungkin tidak lagi duduk di penjara
10 jam lalu · Isu semasa
Amaran kecemasan dikeluarkan di tujuh kawasan Saudi
September 19, 2026 · Isu semasa
Bil elektrik boleh turun hingga RM47 sebulan mulai Oktober: TNB
September 18, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok