Bebas atau ke penjara? Syed Saddiq tunggu keputusan akhir

July 12, 2026 · Politik

Selepas lebih lima tahun melalui proses perundangan, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bakal mengetahui nasibnya esok sama ada kekal bebas atau kembali disabitkan atas empat pertuduhan membabitkan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA).

Mahkamah Persekutuan di Putrajaya dijadual menyampaikan keputusan rayuan akhir pendakwaan pada jam 9 pagi, sekali gus menamatkan episod panjang kes berprofil tinggi yang menjadi tumpuan sejak 2021.

Keputusan itu sebelum ini dijadual diumumkan pada 30 Jun lalu, namun ditangguhkan selepas seorang daripada tiga hakim panel mengambil cuti sakit.

Panel yang akan menyampaikan penghakiman terdiri daripada Presiden Mahkamah Rayuan Abu Bakar Jais serta Hakim Che Mohd Ruzima Ghazali dan Collin Lawrence Sequerah.

Sepanjang prosiding rayuan, pasukan pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin bersama Ahmad Akram Gharib dan Farah Ezlin Yusop Khan, manakala Syed Saddiq diwakili peguam Hisyam Teh Poh Teik.

Kes itu bermula apabila Mahkamah Tinggi pada 9 November 2023 mensabitkan Syed Saddiq atas semua empat pertuduhan sebelum menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun, dua sebatan serta denda RM10 juta.

Namun, Mahkamah Rayuan pada 25 Jun tahun lalu membenarkan rayuannya dan mengetepikan sabitan serta hukuman tersebut, sekali gus melepas dan membebaskan bekas Menteri Belia dan Sukan itu daripada semua pertuduhan.

Tidak berpuas hati dengan keputusan itu, pihak pendakwaan membawa kes berkenaan ke Mahkamah Persekutuan yang menjadi medan terakhir untuk menentukan sama ada pembebasan Syed Saddiq dikekalkan atau sabitan Mahkamah Tinggi dipulihkan.

Syed Saddiq didakwa bersubahat dengan bekas Penolong Bendahari ARMADA, Rafiq Hakim Razali, melakukan pecah amanah dana ARMADA berjumlah RM1 juta pada 6 Mac 2020 di CIMB Bank Berhad, KL Sentral.

Beliau turut berdepan satu pertuduhan menyalahgunakan wang RM120,000 milik ARMADA Bumi Bersatu Enterprise serta dua pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan pemindahan RM50,000 ke akaun Amanah Saham Bumiputera (ASB) miliknya.

Pertuduhan pecah amanah dikemukakan mengikut Seksyen 406 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun, sebatan dan denda jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan salah guna harta di bawah Seksyen 403 Kanun Keseksaan, hukuman yang boleh dikenakan ialah penjara sehingga lima tahun, sebatan dan denda, manakala pertuduhan pengubahan wang haram di bawah Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 membawa hukuman penjara sehingga 15 tahun serta denda lima kali ganda nilai wang terbabit.

“Keputusan Mahkamah Persekutuan esok bukan sahaja menentukan masa depan politik Syed Saddiq, malah menutup satu daripada kes jenayah berprofil tinggi yang paling mendapat perhatian dalam landskap politik negara sejak beberapa tahun kebelakangan ini.”

Berita berkaitan
Rayuan Majlis Peguam cabar pengampunan Najib diputuskan 7 Januari: Bernama
11 jam lalu· Politik
Akaun TikTok Na’im disekat TikTok, bukan MCMC: Hakim Norliza
19 jam lalu· Politik
Kes scam: Panik kena dakwa, wanita jual barang kemas RM500,000
21 jam lalu· Isu semasa
1MDB mohon izin rayu keputusan libat firma guaman UK
September 21, 2026· Isu semasa
Lagi Politik terkini
AGC: Kerajaan Negeri Sembilan tiada kuasa gantung dua pegawai kanan
11 jam lalu · Politik
Sivamalar soal Akmal: Kenapa diam isu Istana Negeri Sembilan?
11 jam lalu · Politik
Krisis Negeri Sembilan: MB umum dua pegawai kanan digantung tugas
17 jam lalu · Politik
Hassan saran Anwar kekalkan Loke dalam Kabinet, tolak peletakan jawatan
19 jam lalu · Politik
DUN Melaka sah bubar esok, PRN bakal diadakan: Ab Rauf
19 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok