Mahkamah kekalkan keputusan kes fitnah Hannah, Musa perlu bayar RM300,000

July 14, 2026 · Politik

Bekas Ketua Polis Negara, Musa Hassan gagal memperoleh kebenaran Mahkamah Persekutuan untuk meneruskan rayuan terhadap keputusan yang memutuskan beliau memfitnah Menteri Wilayah Persekutuan, Hannah Yeoh.

Panel tiga hakim yang diketuai Hakim Rhodzariah Bujang bersama Che Ruzima Ghazali dan Azmi Ariffin memutuskan sembilan persoalan undang-undang yang dibangkitkan Musa tidak menimbulkan isu baharu yang memerlukan penelitian Mahkamah Persekutuan.

“Persoalan undang-undang yang dikemukakan tidak membangkitkan isu baharu untuk diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan,” menurut keputusan panel hakim.

Susulan keputusan itu, Musa kekal diperintahkan membayar ganti rugi sebanyak RM250,000 kepada Hannah selain kos guaman RM50,000 seperti diputuskan mahkamah sebelum ini.

Antara persoalan yang dibangkitkan dalam permohonan rayuan itu menyentuh kapasiti seseorang pegawai awam memfailkan saman fitnah serta isu penyebaran ucapan kepada khalayak ramai.

Kes itu berpunca daripada kenyataan Musa dalam satu forum pada 2020 yang mendakwa Hannah menulis sebuah buku untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Kristian.

Dalam forum sama, beliau turut mengaitkan seorang pemimpin DAP dengan kumpulan yang didakwa mahu memusnahkan Islam di negara ini.

Hannah kemudian memfailkan saman fitnah dengan alasan kenyataan tersebut telah mencemarkan reputasi dan imejnya.

Pada Januari lalu, Mahkamah Rayuan memutuskan kenyataan Musa yang dibuat ketika forum di Universiti Teknologi MARA (UiTM) enam tahun lalu bersifat memfitnah serta menyebabkan Hannah dipandang serong dalam kalangan masyarakat Islam.

Mahkamah turut memutuskan kenyataan itu secara jelas mengaitkan Hannah dengan kumpulan yang disebut Musa, sekali gus memberi gambaran beliau mempunyai agenda politik dan agama seperti didakwa.

Dalam penghakimannya, Mahkamah Rayuan juga mendapati tiada bukti yang menunjukkan buku autobiografi Hannah berjudul ‘Becoming Hannah: A Personal Journey’ digunakan untuk menyebarkan agama Kristian atau menggugat kedudukan Islam di Malaysia.

Musa diwakili peguam Awang Armadajaya Awang Mahmud, manakala Hannah diwakili Razlan Hadri Zulkifli.

Kes berprofil tinggi itu mendapat perhatian ramai sejak 2020 kerana melibatkan dakwaan berkaitan isu agama dan politik, selain menyentuh sempadan kebebasan bersuara serta tanggungjawab individu terhadap kenyataan yang dibuat di khalayak umum.

Berita berkaitan
Isu Yang Dipertuan Besar jangan dipolitikkan, hormati proses berjalan: Khalid Samad
15 jam lalu· Politik
Dakwaan Istana Negeri Sembilan ‘dipegang’ DAP fitnah jahat
July 27, 2026· Politik
Netizen ‘sekolahkan’ Asyraf Wajdi, dakwaan Loke jadi MB NS makan diri
July 25, 2026· Politik
Loke: Rakyat tentukan siapa ‘dibungkus’, berkempen jangan angkuh
July 25, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Perceraian kedua UMNO-PAS hanya soal masa? Wawasan sedang bina naratif Hamzah calon PM
July 28, 2026 · Politik
Cadang Hamzah jadi PM: UMNO pasti lebih berhati-hati, tidak mahu ditelan buat kali kedua
1 jam lalu · Politik
Muhyiddin: Bersatu pengasas PN, tiada siapa boleh paksa keluar
2 jam lalu · Politik
Muhyiddin tolak khabar angin Bersatu mahu kembali bersama PH
2 jam lalu · Politik
PRN NS: Pengundi tentukan kemenangan, bukan ramalan atau nujum
6 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Rekod Tok Min sukar ditandingi, ‘hantu DAP’ jadi modal UMNO-PAS
11 jam lalu
[VIDEO] Peguam PH dakwa kenyataan Asyraf Wajdi boleh kelirukan rakyat, gesa PDRM dan SPR siasat
July 27, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok