Muhyiddin tolak khabar angin Bersatu mahu kembali bersama PH

1 jam lalu · Politik

Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin menafikan dakwaan kononnya parti itu akan menjalinkan kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.

Beliau menegaskan tiada sebarang perbincangan atau keputusan pernah dibuat di peringkat kepimpinan parti berhubung perkara itu, malah menyifatkan dakwaan tersebut sekadar khabar angin yang tidak berasas.

“Mana dia dapat maklumat tu? Kita tak pernah bincang soal tu dan tak pernah di peringkat besar buat apa-apa keputusan mengenai perkara tu.

“Kita masih bergerak sendiri. Dulu kita memang pernah berada dalam PH, tetapi sekarang mana datang cerita macam itu?” katanya ketika diminta mengulas dakwaan berhubung kemungkinan wujud kerjasama antara Bersatu dan PH selepas PRN Negeri Sembilan.

Muhyiddin percaya khabar angin berkenaan mungkin disebarkan pihak tertentu yang mempunyai agenda untuk mencemarkan imej parti.

“Kadang-kadang ada orang di tepi jalan yang cakap macam-macam. Tujuannya mungkin untuk memburukkan nama kita atau ada niat lain yang bukan baik.

“Jadi saya sebagai presiden nak beritahu, tidak ada. Kita tak pernah berunding dengan sesiapa pun,” katanya.

Spekulasi mengenai hubungan antara Bersatu dan PH kembali diperkatakan sepanjang kempen PRN Negeri Sembilan susulan pelbagai dakwaan di media sosial mengenai kemungkinan berlaku penjajaran politik baharu selepas pilihan raya.

Bersatu sebelum ini merupakan antara parti pengasas PH bersama PKR, DAP dan Amanah selepas Pilihan Raya Umum ke-14 pada 2018.

Namun parti itu meninggalkan gabungan berkenaan pada 2020 susulan kemelut politik yang membawa kepada kejatuhan kerajaan PH.

Kini Bersatu merupakan komponen utama Perikatan Nasional (PN) bersama PAS dan beberapa parti lain, manakala PH membentuk Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan bersama Barisan Nasional serta parti-parti dari Sabah dan Sarawak.

Penafian Muhyiddin itu sekali gus menutup spekulasi mengenai kemungkinan Bersatu kembali menjalin kerjasama politik dengan PH pada masa terdekat.

Berita berkaitan
Cadang Hamzah jadi PM: UMNO pasti lebih berhati-hati, tidak mahu ditelan buat kali kedua
July 28, 2026· Politik
Muhyiddin: Bersatu pengasas PN, tiada siapa boleh paksa keluar
July 28, 2026· Politik
PRN NS: Pengundi tentukan kemenangan, bukan ramalan atau nujum
5 jam lalu· Politik
Zahid ucap ‘selamat berjaya’ secara sinis kepada Hamzah selepas dicadang jadi PM
8 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Perceraian kedua UMNO-PAS hanya soal masa? Wawasan sedang bina naratif Hamzah calon PM
July 28, 2026 · Politik
ADUN Seri Serdang bidas kempen Sanusi, seru politik lebih matang
11 jam lalu · Politik
Manifesto PH fokus pelaburan dan pekerjaan bergaji tinggi
12 jam lalu · Politik
Isu Yang Dipertuan Besar jangan dipolitikkan, hormati proses berjalan: Khalid Samad
15 jam lalu · Politik
‘Sudah-sudah lah berbohong, tabur fitnah’, Khalid Samad nasihat Hadi Awang
15 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Rekod Tok Min sukar ditandingi, ‘hantu DAP’ jadi modal UMNO-PAS
10 jam lalu
[VIDEO] Peguam PH dakwa kenyataan Asyraf Wajdi boleh kelirukan rakyat, gesa PDRM dan SPR siasat
July 27, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok