PRN NS: Pengundi tentukan kemenangan, bukan ramalan atau nujum

July 28, 2026 · Politik

Keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan hanya akan ditentukan oleh pengundi pada hari pengundian, bukan berdasarkan ramalan atau kajian yang dibuat menjelang pilihan raya.

Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH), Fahmi Fadzil berkata setiap calon perlu terus berusaha meyakinkan pengundi kerana mereka yang akan menentukan parti mana diberi mandat mentadbir negeri.

“Yang akan memenangkan mana-mana calon atau mana-mana parti akhirnya ialah pengundi yang keluar mengundi.

“Bukan kajian, bukan para nujum, bukan apa-apa ramalan, tetapi pengundi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas berkempen dengan calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeram Padang, G. Manivanan di Felda Bukit Rokan Barat, hari ini.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan itu mengulas ramalan bekas Ahli Parlimen Bangi, Ong Kian Ming yang menjangkakan gabungan Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) mampu memenangi antara 23 hingga 25 daripada 36 kerusi DUN yang dipertandingkan pada PRN Negeri Sembilan.

Mengulas lanjut, Fahmi berkata ramalan itu dilihat sebagai dorongan kepada jentera dan calon PH untuk menggandakan usaha mendekati pengundi, terutama mereka yang masih belum membuat keputusan.

“Kita lihat kenyataan individu seperti Ong Kian Ming ini sebagai cabaran kepada calon-calon kita untuk terus menyantuni dan meyakinkan pengundi terutamanya pengundi atas pagar supaya memberikan sokongan kepada PH.

“Berdasarkan sambutan di lapangan, PH melihat momentum kempen semakin positif menjelang hari pengundian dan yakin pengundi akan membuat keputusan berdasarkan prestasi pentadbiran kerajaan negeri,” katanya.

Fahmi turut berkata pentadbiran Menteri Besar Negeri Sembilan, Aminuddin Harun mempunyai rekod yang baik sepanjang menerajui kerajaan negeri, selain tidak dikaitkan dengan skandal penyelewengan atau salah guna wang rakyat.

“Meskipun berdepan pelbagai kritikan sepanjang kempen, Tok Min kekal tenang dan memilih untuk terus memberi tumpuan kepada tugas serta perkhidmatan kepada rakyat.

“Walaupun ada kenyataan yang agak keras terhadap beliau, beliau tetap terus bekerja dan meneruskan kempen,” katanya.

PRN Negeri Sembilan menyaksikan 103 calon bertanding bagi merebut 36 kerusi DUN.

Hari pengundian ditetapkan pada 1 Ogos dan parti-parti yang bertanding kini memperhebat kempen bagi meraih sokongan pengundi pada saat-saat akhir.

Berita berkaitan
PRN NS: Waspada maklumat palsu menjelang hari pengundian
July 28, 2026· Isu semasa
38 Pusat undi awal PRN Negeri Sembilan ditutup
4 jam lalu· Isu semasa
ADUN Seri Serdang bidas kempen Sanusi, seru politik lebih matang
7 jam lalu· Politik
Polis panggil sanusi, pemimpin UMNO bantu siasatan
7 jam lalu· Isu semasa
Lagi Politik terkini
Zahid ucap ‘selamat berjaya’ secara sinis kepada Hamzah selepas dicadang jadi PM
3 jam lalu · Politik
Manifesto PH fokus pelaburan dan pekerjaan bergaji tinggi
8 jam lalu · Politik
Isu Yang Dipertuan Besar jangan dipolitikkan, hormati proses berjalan: Khalid Samad
10 jam lalu · Politik
‘Sudah-sudah lah berbohong, tabur fitnah’, Khalid Samad nasihat Hadi Awang
10 jam lalu · Politik
Pembantu Muhyiddin dedah PAS pilih kawan demi kerusi, bukan kerana Melayu dan Islam
10 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Rekod Tok Min sukar ditandingi, ‘hantu DAP’ jadi modal UMNO-PAS
6 jam lalu
[VIDEO] Peguam PH dakwa kenyataan Asyraf Wajdi boleh kelirukan rakyat, gesa PDRM dan SPR siasat
20 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok