Hassan Karim pertahan dasar subsidi petrol, diesel kerajaan

July 14, 2026 · Isu semasa

Hassan Abdul Karim mempertahankan dasar subsidi petrol dan diesel bersasar kerajaan dengan menyifatkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim telah menunaikan janji menurunkan harga minyak kepada rakyat.

Menurut Ahli Parlimen Pasir Gudang itu, pelaksanaan subsidi bersasar memastikan rakyat yang layak terus menikmati petrol RON95 pada harga RM1.99 seliter, manakala diesel bersubsidi pula ditawarkan pada RM2.10 seliter sejak 1 Julai lalu.

“Biarlah fakta yang bercakap. Apakah Anwar patut disalahkan atau seharusnya dipuji jika sejak Februari 2026 berlakunya perang di Teluk Parsi, bekalan petrol, diesel serta gas asli untuk memasak kekal mencukupi untuk kegunaan rakyat, perniagaan dan industri?” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Hassan turut mempersoalkan kritikan terhadap kerajaan dengan menyatakan harga petrol dan diesel di Malaysia masih antara yang terendah di dunia, selain bekalan bahan api negara kekal stabil walaupun berdepan ketidaktentuan geopolitik di Timur Tengah.

Beliau berkata, semua rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas yang memenuhi syarat boleh mendapatkan petrol RON95 bersubsidi hanya dengan mengemukakan MyKad tanpa mengira kaum atau agama.

Menurutnya, pelaksanaan subsidi diesel turut memberi manfaat kepada kira-kira 700,000 individu yang layak, selain 450,000 pemain sektor logistik serta 210,000 petani dan pekebun kecil di seluruh negara.

“Ini bermakna bukan sahaja petrol RON95 diberi subsidi, malah diesel juga diberikan subsidi,” katanya.

Sehubungan itu, Hassan menolak dakwaan pihak tertentu yang mendakwa Perdana Menteri gagal mengotakan janji untuk menurunkan harga minyak.

“Saya dengan rendah hati bersedia berbahas atau berdebat dengan sesiapa, terutama Ahli Parlimen pembangkang yang masih mendakwa Perdana Menteri tidak menunaikan janjinya,” katanya.

Pada masa sama, Hassan menjelaskan pendiriannya berhubung isu tadbir urus kerajaan tidak berubah, termasuk pandangannya terhadap keputusan Anwar memegang jawatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan secara serentak.

Bagaimanapun, beliau menegaskan isu berkenaan perlu dinilai secara berasingan daripada pelaksanaan subsidi bahan api kerana kedua-duanya melibatkan perkara yang berbeza.

Kerajaan sebelum ini memperkenalkan mekanisme subsidi petrol dan diesel bersasar bagi memastikan bantuan bahan api lebih tertumpu kepada rakyat yang layak, di samping mengurangkan ketirisan subsidi serta memperkukuh kedudukan fiskal negara.

Berita berkaitan
PKR tidak bertanding PRN Sarawak, hormati kerjasama dengan GPS
3 jam lalu· Politik
Asas ekonomi negara lebih kukuh selepas empat tahun: PMX
5 jam lalu· Isu semasa
Bukan kerajaan sebar dokumen pengampunan Najib, jangan buat tohmahan
16 jam lalu· Politik
PH Negeri Sembilan desak kemelut politik diselesaikan segera
November 23, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Anwar, Fahmi beri penghormatan terakhir kepada A Samad Said
3 jam lalu · Isu semasa
MCMC saman Google RM300 juta isu kandungan palsu Papagomo
3 jam lalu · Isu semasa
Dijanjikan untung 500 peratus, pengurus syarikat rugi RM262,200
5 jam lalu · Isu semasa
Pemergian Pak Samad tinggalkan legasi besar, jadi inspirasi generasi muda: Fahmi
5 jam lalu · Isu semasa
Kemalangan pejalan kaki di KL: 93 nyawa melayang sejak 2022
13 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 24 Nov – Isu Rohingya, SST kekal, lesen judi, isu tahanan rumah Najib
3 jam lalu
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib
November 20, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok