Mereka dibuang, digantung perlu buang ego untuk kembali bersama UMNO: Akmal

July 5, 2025 · Politik

Dr Muhamad Akmal Saleh menasihati bekas pemimpin UMNO yang digantung atau dipecat daripada parti itu perlu membuang rasa ego masing-masing sekiranya mahu kembali bersama parti itu.

Ketua Pemuda UMNO itu berkata syarat untuk kembali bersama parti itu adalah dengan pemimpin tersebut perlu mengenepikan sebarang prasangka buruk, malah Presiden Ahmad Zahid Hamidi juga sudah menyatakan kesediaan untuk menerima rayuan mereka yang dikenakan tindakan.

“Seperti dalam ucapan saya tadi, UMNO ini milik semua dan kita mesti disatukan semula. Kita perlukan mereka (bekas pemimpin digantung atau dipecat) untuk membina kekuatan parti.

“Tapi dengan satu syarat, masing-masing kena rendahkan ego, insya-Allah UMNO ini akan semakin kuat.

“Saya sentiasa terbuka, bukan sekadar untuk menjadi jambatan (menyatukan semula bekas pemimpin), malah apa saja jalan sukar kita boleh hadapi, yang penting kita kena kuatkan semua parti ini,” katanya selepas merasmikan Persidangan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban, di Dewan Perdana KRS malam tadi.

Beliau mengulas mengenai usul UMNO Bahagian Sembrong yang menyatakan hasrat supaya bekas ketua bahagiannya, Datuk Seri Hishammuddin Hussein diterima semula dalam kepemimpinan parti itu.

Katanya, UMNO adalah milik semua orang Melayu dan ia mesti disatukan semula bagi membina kekuatan.

Terdahulu media melaporkan, Hishammuddin Hussein, yang juga bekas Naib Presiden UMNO memberi bayangan tidak akan merayu penggantungan keahliannya dengan menegaskan rayuan bukan penentu kesetiaannya kepada UMNO.

Mengulas lanjut, kmal berkata, beliau sedia menjadi jambatan untuk bukan sahaja membawa semula Hishammuddin, malah pemimpin lain termasuk Khairy Jamaluddin dan Shahril Hamdan kembali ke pangkuan parti itu.

Beliau berkata, matlamatnya hanya mahu memastikan parti itu terus kukuh dalam memperjuangkan kepentingan agama, bangsa dan negara.

“Memang UMNO tidak pernah ketandusan pemimpin, tapi parti ini adalah seperti keluarga untuk semua. Kita hadir hari ini pun adalah untuk parti. Mereka yang pernah dikenakan tindakan ada jasa yang kita tidak boleh lupakan.

“Jadi sebab itu, saya kata yang paling penting adalah penyatuan UMNO dan tentunya penyatuan ini tidak boleh dilakukan sebelah pihak saja,” katanya.

Berita berkaitan
PH Negeri Sembilan desak kemelut politik diselesaikan segera
3 jam lalu· Politik
PAS masih jadi rebutan, Idris persoal pihak yang mahu kerjasama
3 jam lalu· Politik
Saarani: Belum ada keperluan bubar DUN Perak
9 jam lalu· Politik
Penempatan Rohingya: AMK persoal pengumuman Zahid
13 jam lalu· Isu semasa
Lagi Politik terkini
Bekas pegawai khas Najib, aktivis UMNO diperintah bayar RM433,000 kepada pendakwah
9 jam lalu · Politik
Pembubaran DUN bukan jaminan krisis Negeri Sembilan selesai: Laporan
13 jam lalu · Politik
Johari tegur menteri gagal jawab soalan Ahli Parlimen
13 jam lalu · Politik
Saifuddin: Minit pengampunan Najib perlu untuk afidavit AGC dan dinyahklasifikasi
November 22, 2026 · Politik
Ismail Lasim dirawat di hospital, keadaan semakin pulih: Bernama
November 22, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib
November 20, 2026
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 18 Nov – Ismail menghadap Tuanku Muhriz, AMK bidas Mat Maslan
November 17, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok