KDNK cecah 5.8 peratus, reformasi kerajaan pacu pertumbuhan ekonomi: PMX

July 17, 2026 · Isu semasa

Ekonomi Malaysia berkembang 5.8 peratus pada suku kedua 2026, sekali gus mengatasi jangkaan penganalisis dan mencatat prestasi lebih baik berbanding pertumbuhan 5.4 peratus pada suku pertama tahun ini.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata, pencapaian itu membuktikan reformasi serta dasar yang dilaksanakan Kerajaan MADANI sejak lebih tiga tahun lalu berjaya memperkukuh asas ekonomi negara walaupun dunia masih berdepan ketidaktentuan.

Menurut beliau, anggaran awal Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) itu turut melepasi unjuran median ahli ekonomi sebanyak 5.2 peratus.

“Ekonomi negara terus menunjukkan daya tahan meskipun dunia berdepan keberantakan geopolitik, gangguan rantaian bekalan dan ketidaktentuan perdagangan,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Jumaat.

Beliau berkata, pencapaian itu mengukuhkan tekad kerajaan untuk meneruskan agenda reformasi, memperkasakan daya tahan ekonomi serta mengimbangi pertumbuhan, kesejahteraan rakyat dan tanggungjawab fiskal.

Katanya, kerajaan akan terus berusaha memastikan kekuatan ekonomi dapat diterjemahkan kepada lebih banyak peluang pekerjaan berkualiti, peningkatan pendapatan dan taraf hidup rakyat yang lebih baik.

Dalam kenyataan Kementerian Kewangan, Anwar turut mengakui pertumbuhan ekonomi yang memberangsangkan belum memberi manfaat sepenuhnya kepada semua pihak, terutama perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang masih berdepan tekanan akibat krisis global.

“Sejak tercetusnya krisis Asia Barat, kerajaan bertungkus-lumus menggerakkan pelbagai ikhtiar bagi meringankan beban rakyat, menjamin bekalan barangan penting dan memastikan kelangsungan perniagaan,” katanya.

Beliau menegaskan, walaupun cabaran ekonomi global sukar diramalkan, keutamaan kerajaan kekal untuk melindungi kesejahteraan rakyat, memastikan pertumbuhan ekonomi mampan serta mengekalkan disiplin fiskal negara.

Menurutnya, setiap langkah akan dipertimbangkan dengan teliti supaya tiada golongan yang tercicir dan perniagaan terus beroperasi dalam persekitaran ekonomi yang stabil.

Sementara itu, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) memaklumkan pertumbuhan 5.8 peratus pada suku kedua disokong oleh prestasi hampir semua sektor ekonomi kecuali sektor pertanian yang merekodkan penguncupan.

Bagi separuh pertama 2026, ekonomi Malaysia berkembang 5.6 peratus berbanding 4.5 peratus dalam tempoh sama tahun lalu.

DOSM memaklumkan laporan KDNK preliminari bagi suku kedua 2026 yang mengandungi analisis lebih terperinci akan diterbitkan pada 14 Ogos depan.

Prestasi ekonomi yang terus mencatat pertumbuhan kukuh memberi suntikan positif kepada kerajaan ketika pelaksanaan Kerangka Ekonomi MADANI memasuki tahun ketiga, dengan tumpuan diberikan kepada usaha meningkatkan pelaburan, memperkukuh kedudukan fiskal serta memastikan manfaat pertumbuhan ekonomi dapat dinikmati secara lebih menyeluruh oleh rakyat.

Berita berkaitan
Lawatan Anwar ke Shanghai perkukuh hubungan Malaysia-China
11 jam lalu· Isu semasa
Gaji rakyat Malaysia naik kepada RM3,803 pada 2025
14 jam lalu· Isu semasa
Skandal FELDA: Laporan awal mula didedah minggu depan
September 20, 2026· Isu semasa
Pengampunan Najib: Anwar dedah apa yang dibincangkan dengan Agong
September 20, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
1MDB mohon izin rayu keputusan libat firma guaman UK
11 jam lalu · Isu semasa
MCMC siasat video pementasan 2018 yang kembali tular
11 jam lalu · Isu semasa
Kes scam: Pesara guru rugi RM15,000 ditipu sindiket menyamar pegawai polis
September 20, 2026 · Isu semasa
Projek Kampung Angkat MADANI perkasa kemudahan dua kampung di Kuala Pilah: Fahmi
September 20, 2026 · Isu semasa
Akta Tahanan Rumah: Tahanan reman mungkin tidak lagi duduk di penjara
September 20, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok