KWAP ambil tindakan susulan isu pelaburan eFishery

July 18, 2026 · Isu semasa

Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) mengambil tindakan susulan termasuk melaksanakan semakan dalaman secara menyeluruh terhadap proses pelaburannya dalam syarikat teknologi akuakultur Indonesia, eFishery, susulan pendedahan salah laku kewangan yang menjejaskan syarikat itu.

KWAP dalam satu kenyataan memaklumkan, kes eFishery melibatkan manipulasi kewangan yang disengajakan serta salah nyata terhadap laporan kewangan syarikat berkenaan, sekali gus memberi kesan kepada semua pelabur termasuk institusi pelaburan antarabangsa.

“Susulan pendedahan salah laku tersebut, KWAP telah melaksanakan semakan dalaman yang menyeluruh terhadap proses pelaburan, susunan pemantauan pascapelaburan serta maklumat yang tersedia kepada KWAP sepanjang tempoh pelaburan tersebut.

“Tindakan susulan yang sewajarnya juga telah diambil selaras dengan tadbir urus dalaman dan kerangka akauntabiliti organisasi, di samping meneroka semua saluran yang bersesuaian bagi memaksimumkan usaha pemulihan pelaburan berkenaan,” menurut kenyataan itu pada Sabtu.

Menurut KWAP, jumlah keseluruhan pelaburannya dalam eFishery ialah RM163.4 juta, mewakili kira-kira 2.51 peratus daripada keseluruhan pegangan saham syarikat tersebut.

KWAP menjelaskan kedudukannya hanya sebagai pemegang saham minoriti, manakala pegangan majoriti dimiliki pelabur lain termasuk beberapa institusi pelaburan global yang turut menerima kesan daripada penyelewengan itu.

Pada masa sama, KWAP memaklumkan pihaknya sedang memperkukuh pendekatan terhadap pelaburan dalam pasaran swasta menerusi beberapa langkah penambahbaikan, termasuk mempelbagaikan portfolio, bekerjasama dengan pengurus dana berpengalaman dan rakan strategik, selain meningkatkan pemantauan selepas pelaburan serta pengawasan terhadap perkembangan material syarikat portfolio.

KWAP turut menegaskan kedudukan kewangannya kekal kukuh hasil portfolio pelaburan yang merangkumi pelbagai kelas aset, sektor dan geografi.

Berdasarkan keputusan kewangan belum diaudit bagi tahun berakhir 31 Disember 2025, KWAP merekodkan pendapatan pelaburan kasar sebanyak RM8.33 bilion, manakala jumlah dana di bawah pengurusan meningkat kepada RM195.26 bilion.

“KWAP kekal komited untuk menguruskan dana secara berhemat, telus dan bertanggungjawab dalam melaksanakan mandat berkanunnya bagi membantu kerajaan memenuhi obligasi pencen kepada pesara sektor awam,” menurut kenyataan itu.

Kes eFishery mendapat perhatian selepas pengasas bersama merangkap bekas Ketua Pegawai Eksekutifnya, Gibran Huzaifah, dijatuhi hukuman penjara sembilan tahun oleh Mahkamah Negeri Bandung pada 29 April lalu selepas disabitkan kesalahan pecah amanah dan pengubahan wang haram.

Kes berprofil tinggi itu turut mencetuskan penelitian terhadap proses tadbir urus dan ketekunan wajar (due diligence) pelabur institusi yang melabur dalam syarikat pemula niaga berkenaan, termasuk beberapa dana pelaburan antarabangsa.

Berita berkaitan
Eksport Malaysia ke AS melonjak 69.1 peratus, cecah RM282 bilion
12 jam lalu· Isu semasa
Anwar: Ahli politik dilarang campur tangan pelaburan GLIC
October 27, 2026· Isu semasa
Kewangan Islam dijangka kuasai lebih 50 peratus aset negara: Gabenor
October 25, 2026· Isu semasa
MOF belum putuskan bantuan kewangan untuk AirAsia
October 19, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Belanjawan 2027 angkat institusi Islam, pandangan tokoh agama diambilkira: PMX
2 jam lalu · Isu semasa
47,412 kandungan buli siber diminta dipadam, TikTok rekod tertinggi: Fahmi
2 jam lalu · Isu semasa
AGC ketuai siasatan khas jenayah kewangan, tiada individu atau syarikat terkecuali
2 jam lalu · Isu semasa
Harga diesel tanpa subsidi naik 20 sen, RON95 cecah RM4.42
2 jam lalu · Isu semasa
56,304 kandungan palsu diturunkan sejak 2023
9 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok