UMNO kekal guna simbol dacing PRU-16, teruskan kerjasama dengan PH

July 6, 2025 · Politik

UMNO tidak akan bertanding solo dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang dan kekal menggunakan simbol dacing, sementara pada masa sama meneruskan kerjasama dengan gabungan dalam kerajaan perpaduan sekarang, kata Ahmad Zahid Hamidi.

Presiden UMNO itu berkata kekalahan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya sebelum ini adalah berpunca daripada keputusan bertanding secara bersendirian tanpa gabungan kukuh.

“Kenapa kita kalah ketika itu? Kita hanya melihat perkiraan kita sendiri. Kita buat keputusan untuk bertanding solo, sedangkan UMNO dan BN selama ini tidak pernah bergerak secara bersendirian.

“Malah, semalam saya berada di Johor, saya turut dengar suara yang mahu kita bertanding solo. Tapi, adakah itu keputusan muktamad kita? Tidak,” katanya semasa merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Lumut pada Ahad.

Menurutnya lagi, UMNO akan terus memperkukuhkan hubungan kerjasama dengan parti komponen BN iaitu MCA, MIC dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) serta Pakatan Harapan (PH) bagi memastikan kemenangan berpihak kepada mereka pada PRU-16 nanti.

Zahid yang juga Pengerusi BN berkata, beberapa bahagian UMNO juga telah membuat resolusi untuk tidak bergerak sendirian dan kekal bersama rakan-rakan gabungan BN.

“InsyaAllah, kita tetap bertanding atas lambang dacing, lambang BN. Saya isytiharkan di hadapan para perwakilan UMNO hari ini, kita tidak akan bertanding solo,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan bahawa kekalahan pada pilihan raya lalu juga berpunca daripada masalah kerjasama dengan rakan-rakan dalam BN dan PH yang tidak saling memahami strategi masing-masing.

Namun, beliau yakin UMNO masih mempunyai kekuatan akar umbi dan perlu terus bersatu demi memastikan kemenangan dalam pilihan raya akan datang.

“Lihat apa yang berlaku di Ayer Kuning, di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Coldstream pada PRU-15 semua kalah, tapi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) lalu, semua PDM kita menang.

“Cuba kita renungkan dengan situasi begitu. Ini bukan soal keikhlasan atau kejujuran tetapi soal bagaimana strategi politik yang disusun oleh kepimpinan UMNO dan BN.

“InsyaAllah, akan membuahkan hasil yang cemerlang jika kita jujur pada rakan-rakan lain,” ujar Timbalan Perdana Menteri itu.

 

Berita berkaitan
Sivamalar soal Akmal: Kenapa diam isu Istana Negeri Sembilan?
September 22, 2026· Politik
Zahid nafi dititah menghadap Tuanku Muhriz
10 jam lalu· Politik
Krisis takhta NS, Syahredzan nasihat jangan cabar institusi Raja sesuka hati
24 jam lalu· Politik
Tabung RM50 juta Najib: Wanita PKR persoal UMNO bawa budaya memaafkan perasuah?
September 21, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
AGC: Kerajaan Negeri Sembilan tiada kuasa gantung dua pegawai kanan
September 22, 2026 · Politik
Krisis Negeri Sembilan: MB umum dua pegawai kanan digantung tugas
6 jam lalu · Politik
Hassan saran Anwar kekalkan Loke dalam Kabinet, tolak peletakan jawatan
8 jam lalu · Politik
DUN Melaka sah bubar esok, PRN bakal diadakan: Ab Rauf
8 jam lalu · Politik
Pembatalan lantikan Exco Negeri Sembilan sah, ada asas Perlembagaan: Peguam
8 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok