Ahmad Zahid Hamidi.
Barisan Nasional (BN) menafikan dakwaan kononnya pimpinan gabungan itu mengadakan pertemuan bersama Perikatan Nasional (PN), Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS), seperti tular di media sosial pada Isnin.
Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi, berkata tidak mengetahui mengenai dakwaan tersebut, malah semakan yang dibuat turut mendapati tiada sebarang pertemuan atau sidang media seperti didakwa.
“Tak ada, tak tahu. Saya tak tahu-menahu hal itu. Saya periksa dengan Menteri Dalam Negeri pun, mengikut sumber pun tak ada, tak tahu, tak ada,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Sambutan Hari Imigresen Ke-104 di Cyberjaya.
Beliau turut menegaskan pendirian BN tidak berubah dan gabungan itu akan terus bersama Kerajaan Perpaduan sehingga Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16).
Menurut Presiden UMNO itu, keputusan tersebut dibuat berasaskan resolusi yang diluluskan dalam Perhimpunan Agung UMNO, sekali gus menjadi pendirian rasmi parti.
“Itu pendirian dan resolusi kita yang kita bawa ke Perhimpunan Agung UMNO. Tidak ada badan lebih tinggi daripada Perhimpunan Agung dan kita sangat menghormati keputusan itu.
“Jadi kita harap janganlah risau,” katanya.
Terdahulu, media sosial dibanjiri dakwaan kononnya pimpinan BN, PN, GPS dan GRS dijadual mengadakan sidang media pada jam 2 petang.
Namun, maklumat yang dikongsi itu tidak menjelaskan tujuan sidang media berkenaan dan hanya memetik sumber tanpa pengesahan rasmi.
Penafian Ahmad Zahid dijangka meredakan spekulasi yang timbul ketika landskap politik negara terus menjadi perhatian menjelang PRU-16.
Calon PH cabar calon BN berdebat depan pengundi Jeram Padang
Dakwaan Istana Negeri Sembilan ‘dipegang’ DAP fitnah jahat
PAS yang khianat, tapi kini persoal Bersatu masih mahu kekal dalam PN
PKR tidak perlu bersaing politik identiti
Isu kaum dan agama hanya retorik kempen selepas kehabisan modal: Tze Tzin
[VIDEO] Khaled Nordin lekeh Bersatu macam budak-budak, banyak mana pengalaman dia dengan saya?
[VIDEO] Nasir Rahman tekad bantu peniaga dan anak muda Bagan Pinang jika dipilih