PMX: Kerajaan PH Negeri Sembilan berjaya kembalikan hasil pembangunan kepada rakyat

July 22, 2026 · Politik

Pelaksanaan projek pelebaran dan pendalaman sungai secara timbal balik di Negeri Sembilan menjadi bukti pentadbiran Pakatan Harapan (PH) mengurus hasil pembangunan negeri secara telus dan mengembalikannya untuk manfaat rakyat, kata Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, projek di kawasan Ampangan itu bukan sahaja membantu mengurangkan risiko banjir, malah membolehkan hasil daripada aktiviti pengorekan pasir digunakan semula untuk membiayai kerja penyelenggaraan serta menaik taraf infrastruktur sungai.

“Pendekatan ini memastikan sumber negeri diurus dengan baik dan hasilnya dimanfaatkan semula untuk kepentingan rakyat, khususnya dalam meningkatkan sistem saliran serta mengurangkan risiko banjir,” katanya ketika berucap pada program Santai Petang Bersama Warga Ampangan di Benteng@Medan Selera Ampangan pada Rabu.

Turut hadir calon PH bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ampangan, Muhammad Nazri Kassim.

Anwar yang juga Pengerusi PH berada di Negeri Sembilan bagi menghadiri beberapa siri kempen sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16.

Dalam ucapannya, beliau menegaskan pentadbiran yang berintegriti perlu terus menjadi asas kepada pembangunan negeri dan negara supaya setiap projek dilaksanakan dengan mengutamakan kepentingan rakyat.

Beliau turut berkongsi pengalaman ketika terlibat dalam rundingan pembangunan sebuah projek hotel di Port Dickson yang menurutnya mengambil kira kebajikan komuniti nelayan, termasuk usaha meningkatkan peluang pendidikan dan menambah baik kediaman penduduk.

Mengulas PRN Negeri Sembilan, Anwar menyeru pengundi membuat pilihan yang tepat dengan terus memberi mandat kepada PH menerajui kerajaan negeri.

“Kita pilih orang yang ada amanah. Ada ramai orang Melayu yang baik, ramai orang India yang baik dan ramai orang Cina yang baik, yang ada maruah. Pilih mereka, Insya-Allah masa depan kita lebih selamat,” katanya.

PRN Negeri Sembilan diadakan susulan pembubaran Dewan Undangan Negeri bagi memberi mandat baharu kepada kerajaan negeri.

Pada pilihan raya kali ini, PH bertanding di semua 36 kerusi DUN menerusi 16 calon PKR, 11 calon DAP dan sembilan calon Amanah.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 28 Julai sebagai hari pengundian awal, manakala hari pengundian bagi PRN Negeri Sembilan berlangsung pada 1 Ogos.

Berita berkaitan
Fahmi: Politik sepatutnya menyatupadukan rakyat, tindakan pemimpin PAS dikritik
July 25, 2026· Politik
Selepas BN enggan kongsi manifesto, PN tampil dengan tawaran sendiri
July 25, 2026· Politik
Aminuddin dakwa manifesto BN tiru tawaran PH, salin dan tukar sahaja
1 jam lalu· Politik
BN-PN tak tergesa-gesa bentuk gabungan, UMNO berhati-hati dengan PAS
1 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Muhyiddin jangka kerjasama BN-PN sukar bertahan
3 jam lalu · Politik
PH yakin kekal kuasai DUN Pilah, namun enggan alpa
3 jam lalu · Politik
Pemuda Amanah lapor polis kenyataan Sanusi, dakwa boleh cetus ketegangan kaum
6 jam lalu · Politik
Manifesto BN ketinggalan jauh, Aminuddin sifatkan tidak realistik
6 jam lalu · Politik
PRN: Manifesto Bersatu untuk Negeri Sembilan, pertaruh 76 tawaran
9 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Manifesto BN ketinggalan jauh, Aminuddin sifatkan tidak realistik
6 jam lalu
[VIDEO] Zahid: Elok Sanusi balik Kedah, tak perlu lagi berkempen di NS
11 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok