Kenyataan Setiausaha Agung UMNO, Asyraf Wajdi Dusuki yang mengaitkan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke sebagai calon Menteri Besar Negeri Sembilan disifatkan sebagai biadab.
Justeru itu, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan, Aminuddin Harun menggesanya memohon maaf kepada kepada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Undang Yang Empat serta seluruh rakyat negeri itu.
“Perbuatan biadab seperti ini tak patut berlaku dalam pilihan raya. Boleh bergurau tetapi gurauan itu biar kena pada tempat.
“Saya harap dia mohon maaf. Bukan kepada saya tetapi kepada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Undang Yang Empat serta seluruh rakyat Negeri Sembilan,” katanya kepada pemberita, hari ini.
Menurut calon Menteri Besar Negeri Sembilan PH itu, Undang-Undang Tubuh Negeri Sembilan menetapkan syarat jelas berkaitan pelantikan Menteri Besar, termasuk Melayu beragama Islam untuk memegang jawatan itu.
Beliau turut menggesa kepimpinan Barisan Nasional (BN) dan UMNO menegur kenyataan Asyraf yang disifatkannya tidak menghormati institusi diraja.
“Jagalah mulut ketika pilihan raya. Kita boleh cakap apa sahaja, tetapi jangan sentuh institusi raja.
“UMNO kata hormat Melayu, hormat Raja, hormat Islam tetapi sendiri yang langgar,” katanya.
Semalam, Asyraf dilaporkan mempersoalkan siapa yang akan dilantik sebagai menteri besar sekiranya PH kembali membentuk kerajaan negeri jika Aminuddin tewas di DUN Linggi yang disifatkannya sebagai kubu kuat BN.
Beliau secara sinis membangkitkan kemungkinan Anthony Loke dilantik sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan.
PH sebelum ini menamakan Aminuddin sebagai calon Menteri Besar Negeri Sembilan jika gabungan itu membentuk kerajaan negeri selepas PRN negeri itu.
PRN Negeri Sembilan diadakan susulan pembubaran Dewan Undangan Negeri bagi memilih kerajaan negeri baharu.
Kempen kini memasuki fasa akhir dengan parti-parti yang bertanding saling mempertahankan rekod pentadbiran dan mengemukakan pelbagai isu bagi meraih sokongan pengundi menjelang hari pengundian pada 1 Ogos.
Fahmi: Politik sepatutnya menyatupadukan rakyat, tindakan pemimpin PAS dikritik
Selepas BN enggan kongsi manifesto, PN tampil dengan tawaran sendiri
BN-PN tak tergesa-gesa bentuk gabungan, UMNO berhati-hati dengan PAS
Pemuda Amanah lapor polis kenyataan Sanusi, dakwa boleh cetus ketegangan kaum
PRN: Manifesto Bersatu untuk Negeri Sembilan, pertaruh 76 tawaran
[VIDEO] Manifesto BN ketinggalan jauh, Aminuddin sifatkan tidak realistik
[VIDEO] Zahid: Elok Sanusi balik Kedah, tak perlu lagi berkempen di NS