Loke: Rakyat tentukan siapa ‘dibungkus’, berkempen jangan angkuh

19 jam lalu · Politik

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke menegur Pengerusi Barisan Nasional (BN), Ahmad Zahid Hamidi, supaya mengelakkan kenyataan berbaur angkuh ketika berkempen pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.

Loke berkata, walaupun mereka berada dalam Kabinet yang sama di peringkat Persekutuan, kempen pilihan raya sepatutnya dijalankan secara matang dan positif tanpa mengeluarkan kenyataan yang boleh menyinggung mana-mana pihak.

“Pertamanya, kita sebagai rakan dalam Kabinet, tak payahlah bercakap secara angkuh.

“Kita berkempen secara positif. Sama ada ‘dibungkus’ atau tidak, itu terpulang kepada rakyat. Pengundi akan membuat keputusan,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan tinjauan mesra di Pasar Awam Titi, hari ini.

Kenyataan itu dibuat sebagai respons kepada ucapan Ahmad Zahid ketika berkempen di Simpang Durian semalam yang menyeru pengundi DUN Chennah memberi kemenangan kepada calon BN, John Siow Kong Choon, dengan menyatakan supaya “kasi bungkus itu orang”, merujuk kepada Loke yang mempertahankan kerusi berkenaan.

Ahmad Zahid turut mendakwa kemenangan BN di Chennah mampu menjadi kunci untuk merampas pentadbiran Negeri Sembilan, selain mengekalkan kerusi Linggi yang ditandingi Menteri Besar sementara, Aminuddin Harun.

Mengulas dakwaan gagal membawa pembangunan ke Chennah walaupun sudah tiga penggal menjadi wakil rakyat, Loke menegaskan kawasan luar bandar itu memerlukan banyak kemudahan asas dan pelbagai projek menaik taraf telah dilaksanakan sepanjang tempoh beliau berkhidmat.

Beliau turut mengingatkan Chennah berada dalam Parlimen Jelebu yang diwakili Pengerusi BN Negeri Sembilan, Jalaluddin Alias, sekali gus pembangunan kawasan itu menjadi tanggungjawab bersama.

“Jangan lupa DUN Chennah ini juga sebahagian daripada Parlimen Jelebu, jadi ada tanggungjawab bersama,” katanya.

Dalam ucapannya di Simpang Durian, Ahmad Zahid turut menyatakan bacaan politik BN menunjukkan kejayaan merampas Chennah dan mengekalkan Linggi akan membuka laluan kepada BN untuk kembali mentadbir Negeri Sembilan.

PRN Negeri Sembilan menyaksikan persaingan sengit antara Pakatan Harapan (PH), BN dan Perikatan Nasional (PN), dengan beberapa kerusi termasuk Chennah dan Linggi dilihat menjadi antara medan tumpuan yang berpotensi menentukan pembentukan kerajaan negeri selepas pengundian.

Berita berkaitan
Fahmi: Politik sepatutnya menyatupadukan rakyat, tindakan pemimpin PAS dikritik
5 jam lalu· Politik
Selepas BN enggan kongsi manifesto, PN tampil dengan tawaran sendiri
6 jam lalu· Politik
Aminuddin dakwa manifesto BN tiru tawaran PH, salin dan tukar sahaja
6 jam lalu· Politik
BN-PN tak tergesa-gesa bentuk gabungan, UMNO berhati-hati dengan PAS
6 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Muhyiddin jangka kerjasama BN-PN sukar bertahan
8 jam lalu · Politik
PH yakin kekal kuasai DUN Pilah, namun enggan alpa
8 jam lalu · Politik
Pemuda Amanah lapor polis kenyataan Sanusi, dakwa boleh cetus ketegangan kaum
11 jam lalu · Politik
Manifesto BN ketinggalan jauh, Aminuddin sifatkan tidak realistik
11 jam lalu · Politik
PRN: Manifesto Bersatu untuk Negeri Sembilan, pertaruh 76 tawaran
13 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Manifesto BN ketinggalan jauh, Aminuddin sifatkan tidak realistik
11 jam lalu
[VIDEO] Zahid: Elok Sanusi balik Kedah, tak perlu lagi berkempen di NS
16 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok