Netizen ‘sekolahkan’ Asyraf Wajdi, dakwaan Loke jadi MB NS makan diri

17 jam lalu · Politik

Kenyataan Setiausaha Agung UMNO, Asyraf Wajdi Dusuki yang mendakwa Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke bakal dilantik sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan jika Pakatan Harapan (PH) menang Pilihan Raya Negeri (PRN) terus menjadi perdebatan apabila menerima kritikan daripada pengguna media sosial.

Antara yang tampil mengulas ialah aktivis politik, Liyana Marzuki menerusi akaun Facebook miliknya. Beliau menyifatkan kenyataan itu sebagai cubaan menakut-nakutkan pengundi dengan memainkan sentimen kaum.

“Asyraf Wajdi takutkan pengundi, Cina boleh jadi MB N9. KJ cakap hanya UMNO boleh jaga Islam dan Melayu. Politik kita masih stuck di zaman kuno. Pemimpin muda pun guna umpan kaum dan agama untuk memandirkan rakyat. Sedarlah orang dah bosan,” katanya di dalam status Facebooknya.

Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi di ruangan komen, dengan ramai pengguna Facebook mempertikaikan kenyataan Asyraf Wajdi yang sebelum ini mempertahankan ucapannya ketika berkempen di Negeri Sembilan.

Seorang pengguna, Asrul Jazz, berpandangan isu yang dibangkitkan tidak seharusnya dijadikan bahan sindiran dan menggesa Barisan Nasional (BN) memberi tumpuan kepada persaingan dasar serta kepimpinan.

“Ganti dulu Jalal sebelum lawan head to head, lawan polisi bukan lawan sentimen. Baru bukti kredibiliti itu nampak,” tulisnya.

Seorang lagi pengguna, Saharuddin Abrahman, mendakwa kenyataan tersebut hanya menghangatkan sentimen perkauman demi kepentingan politik.

“Awak sebagai seorang cendekiawan sanggup demi kuasa membohongi orang Melayu dan membakar sentimen perkauman. Adakah ini yang dipelajari dalam pengajian Islam dahulu?” katanya.

Turut meninggalkan komen ialah Rajasekaran Nagamuttu yang mempersoalkan idea dibawa Asyraf Wajdi.

“Tak ada modal dan idea yang membina ke?” tulisnya ringkas.

Seorang lagi pengguna, Adam Qusyairi, pula mendakwa semakin ramai rakyat melihat UMNO lebih mementingkan kuasa berbanding kebajikan rakyat.

Perdebatan itu tercetus selepas Asyraf Wajdi dalam siri ceramah PRN Negeri Sembilan mendakwa Loke berpotensi menjadi Menteri Besar sekiranya PH membentuk kerajaan negeri. Dakwaan itu turut dijadikan antara isu kempen oleh beberapa pemimpin BN.

Bagaimanapun, pimpinan PH sebelum ini menegaskan jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan akan terus disandang wakil daripada kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri Melayu, selaras dengan peruntukan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri yang menetapkan Menteri Besar mestilah seorang Melayu dan beragama Islam.

Berita berkaitan
Fahmi: Politik sepatutnya menyatupadukan rakyat, tindakan pemimpin PAS dikritik
5 jam lalu· Politik
Selepas BN enggan kongsi manifesto, PN tampil dengan tawaran sendiri
6 jam lalu· Politik
Aminuddin dakwa manifesto BN tiru tawaran PH, salin dan tukar sahaja
6 jam lalu· Politik
BN-PN tak tergesa-gesa bentuk gabungan, UMNO berhati-hati dengan PAS
6 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Muhyiddin jangka kerjasama BN-PN sukar bertahan
8 jam lalu · Politik
PH yakin kekal kuasai DUN Pilah, namun enggan alpa
8 jam lalu · Politik
Pemuda Amanah lapor polis kenyataan Sanusi, dakwa boleh cetus ketegangan kaum
11 jam lalu · Politik
Manifesto BN ketinggalan jauh, Aminuddin sifatkan tidak realistik
11 jam lalu · Politik
PRN: Manifesto Bersatu untuk Negeri Sembilan, pertaruh 76 tawaran
13 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Manifesto BN ketinggalan jauh, Aminuddin sifatkan tidak realistik
11 jam lalu
[VIDEO] Zahid: Elok Sanusi balik Kedah, tak perlu lagi berkempen di NS
16 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok