Pasukan Peguam PH dakwa wujud asas undang-undang siasat Asyraf Wajdi

July 27, 2026 · Politik

Pasukan Peguam Jabatan Pilihan Raya Pakatan Harapan (PH) menggesa Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjalankan siasatan menyeluruh terhadap kenyataan Setiausaha Agung UMNO, Asyraf Wajdi Dusuki, yang didakwa menyentuh isu berkaitan pelantikan Menteri Besar Negeri Sembilan ketika kempen Pilihan Raya Negeri (PRN).

Semasa sidang media hari ini, Khairul Naim Rafidi selaku jurucakap pasukan itu memaklumkan mereka telah menerima beberapa salinan laporan polis daripada orang awam dan pertubuhan masyarakat sivil yang dibuat di beberapa lokasi termasuk Rembau, Shah Alam, Wangsa Maju dan Temerloh, selain beberapa lagi laporan dari kawasan lain.

Menurutnya, jumlah laporan yang diterima menunjukkan isu berkenaan bukan lagi sekadar polemik politik, sebaliknya wajar diteliti dari sudut perundangan.

“Kami telah meneliti isu ini dari sudut perundangan dan berpandangan terdapat dua persoalan undang-undang yang wajar disiasat,” menurut kenyataan tersebut.

Pasukan peguam itu berpandangan kenyataan Asyraf berpotensi mengelirukan masyarakat berhubung proses pelantikan Menteri Besar Negeri Sembilan seperti diperuntukkan di bawah Perkara 36 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan.

Khairul Naim turut berpendapat kenyataan itu mungkin mempunyai implikasi di bawah Seksyen 4A Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 berkaitan kesalahan mengembangkan perasaan jahat atau permusuhan, selain mana-mana peruntukan undang-undang lain yang berkaitan.

Menurutnya lagi, politik tidak sepatutnya dibina dengan mengheret isu perkauman ke dalam kempen pilihan raya, terutama apabila kedudukan undang-undang mengenai pelantikan Menteri Besar telah diperuntukkan dengan jelas dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri.

“Kenyataan yang berpotensi menimbulkan salah faham terhadap kedudukan undang-undang atau mengaitkan kaum sebagai faktor politik boleh menjejaskan keharmonian masyarakat serta keyakinan rakyat terhadap proses demokrasi,” menurut beliau.

Sehubungan itu, pasukan peguam PH menggesa PDRM dan SPR menjalankan siasatan secara bebas, profesional dan tanpa pilih kasih.

“Mereka yang didapati mempunyai asas untuk didakwa perlu diambil tindakan mengikut undang-undang, manakala jika tiada asas, perkara itu juga perlu dimaklumkan secara telus selaras dengan prinsip kedaulatan undang-undang,” katanya.

Pasukan peguam itu turut menegaskan tiada mana-mana individu mengatasi undang-undang dan prinsip yang dipertahankan ialah keluhuran Perlembagaan, kedaulatan undang-undang serta keharmonian masyarakat berbilang kaum.

Isu berkenaan tercetus selepas kenyataan Asyraf ketika kempen PRN Negeri Sembilan mengundang kritikan dan beberapa laporan polis dibuat oleh pelbagai pihak.

Kenyataan itu menjadi perhatian kerana menyentuh proses pelantikan Menteri Besar serta didakwa mempunyai unsur yang boleh menimbulkan salah faham dalam kalangan masyarakat.

Berita berkaitan
Polemik kenyataan Sanusi: Zahid gesa henti salahkan media isu kenyataan politik
July 27, 2026· Politik
PMX dedah 50 ekar bandar diisytihar tanah rizab Melayu, nafi abai Bumiputera
2 jam lalu· Politik
PAS yang khianat, tapi kini persoal Bersatu masih mahu kekal dalam PN
2 jam lalu· Politik
Jangan heret istana dalam politik : Istana Negeri Sembilan
4 jam lalu· Isu semasa
Lagi Politik terkini
Hanya mohon sokongan pengundi awal, bukan beri arahan
July 27, 2026 · Politik
PKR tidak perlu bersaing politik identiti
6 jam lalu · Politik
Isu kaum dan agama hanya retorik kempen selepas kehabisan modal: Tze Tzin
8 jam lalu · Politik
22,339 anggota keselamatan mengundi awal esok
8 jam lalu · Politik
PAS salahkan laporan Malaysiakini cetus polemik kenyataan Sanusi
8 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Khaled Nordin lekeh Bersatu macam budak-budak, banyak mana pengalaman dia dengan saya?
9 jam lalu
[VIDEO] Nasir Rahman tekad bantu peniaga dan anak muda Bagan Pinang jika dipilih
9 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok