Anwar ambil alih pantau isu masyarakat india, mohon maaf guna istilah ‘kuil haram’

July 29, 2026 · Politik

Anwar Ibrahim akan mengambil alih tanggungjawab memantau semua isu berkaitan masyarakat India susulan pelbagai rayuan dan aduan yang diterima daripada komuniti itu mengenai cabaran yang mereka hadapi.

Perdana Menteri berkata, keputusan itu dibuat bagi memastikan segala isu melibatkan masyarakat India dapat diselaras dengan lebih berkesan di peringkat tertinggi kerajaan, sementara Menteri Sumber Manusia, R. Ramanan, terus melaksanakan program dan inisiatif yang telah diluluskan kerajaan menerusi Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA).

“Saya dah minta Ramanan tolong pantau isu masyarakat India. Tapi mulai sekarang bukan sahaja MITRA, malah semua masalah masyarakat India saya sendiri akan bertanggungjawab. Saya akan ambil alih.

“Sudah tentu Ramanan akan terus melaksanakan program yang dirancang, tetapi malam ini saya umumkan Perdana Menteri sendiri akan menjaga masyarakat India,” katanya ketika berucap pada majlis makan malam bersama komuniti India malam tadi.

Anwar berkata, penglibatan langsungnya dijangka memperkukuh penyelarasan dasar dan bantuan kepada komuniti India, termasuk kemudahan pembiayaan melalui TEKUN Nasional, Amanah Ikhtiar Malaysia, skim jaminan pembiayaan serta pelbagai program pembangunan ekonomi dan kebajikan.

Beliau turut menggesa masyarakat menilai prestasi Kerajaan Perpaduan berdasarkan rekod pencapaian dan pelaksanaan dasar, bukannya dipengaruhi persepsi atau dakwaan yang disebarkan pihak tertentu.

Dalam ucapan sama, Anwar turut memohon maaf kerana pernah menggunakan istilah “kuil haram” ketika mengulas isu rumah ibadat masyarakat Hindu.

“Semenjak saya jadi Perdana Menteri, satu kuil lama pun tidak pernah saya robohkan. Peraturan memang ada.

“Kalau saya pernah menggunakan perkataan ‘kuil haram’, saya kena minta maaf. Itu kesilapan teknikal dan saya akui kesilapan itu,” katanya.

Isu berkaitan penempatan rumah ibadat, khususnya kuil Hindu di atas tanah milik kerajaan atau swasta, sering menjadi topik sensitif kerana melibatkan aspek perundangan, sejarah penempatan serta keharmonian antara kaum.

Kerajaan sebelum ini mengambil pendekatan rundingan bagi mencari penyelesaian tanpa menjejaskan kepentingan semua pihak.

Pengumuman Anwar itu dilihat memberi isyarat komitmen kerajaan untuk memperkukuh hubungan dengan masyarakat India serta memastikan isu yang dibangkitkan komuniti berkenaan mendapat perhatian terus daripada Perdana Menteri.

Berita berkaitan
Ekonomi Malaysia kukuh, ringgit dijangka cecah RM3.97: Hong Leong Bank
16 jam lalu· Isu semasa
Parlimen: Rayer diminta hantar surat rasmi rujuk Takiyuddin ke jawatankuasa
16 jam lalu· Politik
Tolak politik kebencian, perkukuh perpaduan: Anwar
October 24, 2026· Politik
PRN Melaka: PH umum 21 calon akan bertanding, Adly Zahari pertahan Bukit Katil
October 24, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
PRN Melaka: PKR mahu pembaharuan, beri ruang kepada generasi muda
16 jam lalu · Politik
Zahid nafi belanja KKDW terlebih RM2.1 bilion
16 jam lalu · Politik
BN letak calon di DUN Sg Udang bukti tolak Wawasan: Puad
21 jam lalu · Politik
AMK: Rafizi perlu jawab dakwaan, bukan sekadar saman Ramanan
24 jam lalu · Politik
MCA tidak puas hati, dakwa UMNO ketepikan rundingan kerusi di Melaka: Laporan
24 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok