MCA tidak puas hati, dakwa UMNO ketepikan rundingan kerusi di Melaka: Laporan

October 26, 2026 · Politik

MCA mendakwa UMNO tidak serius dalam rundingan pembahagian kerusi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka apabila pandangan parti itu tidak diambil kira sebelum pengumuman calon Barisan Nasional (BN) dibuat.

Naib Presiden MCA, Lawrence Low Ah Keong berkata, hasrat parti itu untuk mempertahankan dua kerusi yang dimenangi pada PRN Melaka 2021, selain menambah dua lagi kerusi tradisional untuk ditandingi, seolah-olah diketepikan.

Beliau berkata, rundingan antara MCA dan UMNO mengenai calon yang bakal bertanding masih belum dimuktamadkan ketika pengumuman dibuat.

“Kami tidak puas hati kerana hanya dimaklumkan majlis itu berkaitan pelancaran jentera tetapi tiba-tiba ada pengumuman calon, sedangkan berdasarkan kefahaman kami, perbincangan mengenai calon masih belum dimuktamadkan.

“Jadi MCA mahu mengadakan perbincangan di peringkat BN supaya hasrat dan suara kami dipertimbangkan serta diambil serius sebelum pilihan raya berlangsung,” katanya dipetik laporan Utusan Malaysia.

Kelmarin, Presiden MCA, Wee Ka Siong bersama beberapa pemimpin parti itu bertindak meninggalkan Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) selepas tidak berpuas hati dengan pengumuman calon BN yang didakwa dibuat tanpa persetujuan pimpinan tertinggi MCA.

MCA turut memutuskan untuk tidak mengiktiraf calon yang diumumkan BN dalam majlis berkenaan.

Lawrence berkata, MCA mempunyai tujuh kerusi tradisional di Melaka, dengan satu daripadanya diserahkan kepada UMNO, manakala dua lagi berjaya dimenangi parti itu pada PRN 2021.

Beliau berkata, MCA memahami keperluan pembahagian kerusi mengambil kira kerjasama BN dengan parti lain, namun rundingan sewajarnya dilakukan secara adil.

“Hasrat MCA adalah mempertahankan dua kerusi dimenangi dan menambah dua lagi kerusi tradisional untuk ditandingi.

“Pada masa sama, Ka Siong belum menghantar nama calon kepada BN. Jadi bagaimana mereka tahu jika MCA mahu kekalkan calon sedia ada atau mahukan nama baharu?” katanya.

Sementara itu, Ketua Penerangan Pemuda MCA, Neow Choo Seong berkata, MCA perlu bertegas dalam mempertahankan pendiriannya dan tidak boleh dilihat sekadar menjadi pelengkap dalam BN.

Menurutnya, setiap keputusan berkaitan pembahagian kerusi perlu dibuat secara konsensus kerana ia membabitkan maruah serta kepentingan parti.

“MCA perlu bertegas dengan pendirian, tidak boleh sekadar jadi pelengkap atau ‘pak angguk’ sahaja kerana kami mahu mendapatkan semula kepercayaan masyarakat, apatah lagi sokongan mereka kepada PH dan DAP kini sedang merosot.

“Jika MCA kuat, siapa yang untung? BN juga yang untung. UMNO kena ambil kira perkara ini kerana ia bukan hanya melibatkan soal agihan kerusi, tetapi kelangsungan MCA untuk kembali kuat dalam kalangan masyarakat Tionghua,” katanya.

Beliau berkata, UMNO dan MCA perlu diberikan ruang untuk mengadakan rundingan secara mendalam sebelum sebarang keputusan atau tindakan susulan dibuat.

Berita berkaitan
Kes Jalur Gemilang: Representasi Akmal ditolak, mahu kemuka permohonan kedua
October 26, 2026· Politik
DUN Sarawak bubar secara rasmi hari ini, SPR tentukan tarikh PRN
October 26, 2026· Politik
Padan muka MCA hanya diberi dua kerusi di Melaka: PKR
14 jam lalu· Politik
PRN Melaka: Adam Adli yakin calon baharu PKR mampu buat kejutan
22 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
AMK: Rafizi perlu jawab dakwaan, bukan sekadar saman Ramanan
October 26, 2026 · Politik
Bersatu bimbang mesyuarat khas MT PN berdepan risiko undang-undang
16 jam lalu · Politik
Aziz Bari: PAS parti politik, bukan agama
22 jam lalu · Politik
Zahid beri jaminan, kemelut calon MCA akan diselesaikan
22 jam lalu · Politik
PRN Melaka: PKR tawar 30 peratus calon wanita
22 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok