Keluar Dewan: Pembangkang PN tak peduli amanah pendeposit Tabung Haji?

7 jam lalu · Politik

Anwar Ibrahim mempersoalkan tindakan sebahagian Ahli Parlimen pembangkang yang keluar Dewan Rakyat ketika Sidang Khas berkaitan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji berlangsung hari ini, sambil membangkitkan persoalan sama ada mereka lebih berminat membahaskan dirinya atau nasib institusi yang mengurus wang pendeposit.

Perdana Menteri menyindir tindakan itu selepas pembangkang sebelum ini meminta sidang khas ditangguhkan kerana beliau tidak dapat hadir, susulan menjalani pembedahan bagi merawat hernia perut semalam.

“Nak bahas tentang saya, atau nak bahas tentang Tabung Haji?

“Nak ambil tahu tentang saya, atau nak ambil tahu tentang pengkhianatan terhadap Tabung Haji?” katanya dalam hantaran di media sosial.

Menurut Anwar, isu berkaitan Tabung Haji jauh lebih besar kerana ia membabitkan kepentingan jutaan pendeposit, khususnya umat Islam yang menyimpan wang untuk melaksanakan ibadah haji.

Beliau turut mempersoalkan tindakan pembangkang yang didakwa lebih mengutamakan soal kehadiran dirinya berbanding perbahasan mengenai isu yang memberi kesan kepada pendeposit.

“Kenapa masih ada drama politik ketika orang Melayu-Islam dikhianati? Apatah lagi datang dari pihak yang melaung-laungkan tentang Melayu Islam,” katanya.

Anwar turut menyentuh pendirian Perikatan Nasional (PN), khususnya PAS, yang sering membawa perjuangan kepentingan orang Melayu dan Islam.

“Apakah PN yang ditunjangi PAS tidak pentingkan kepentingan orang susah, nelayan, petani, guru, polis, tentera, pesara yang mengerah keringat untuk menyimpan wang dalam Tabung Haji untuk menunaikan Rukun Islam kelima?” soalnya.

Terdahulu, kecuali wakil rakyat Bersatu, sebahagian Ahli Parlimen pembangkang meninggalkan Dewan Rakyat selepas permintaan untuk menangguhkan Sidang Khas RCI Tabung Haji ditolak.

Ketua Whip PN, Takiyuddin Hassan, meminta sidang ditangguhkan atas alasan Anwar tidak dapat hadir.

Bagaimanapun, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Johari Abdul, menolak permintaan itu selepas mendapati Timbalan Perdana Menteri, Zahid Hamidi, serta beberapa menteri hadir dan boleh mewakili kerajaan.

Sidang khas itu diadakan bagi membahaskan laporan RCI berkaitan Tabung Haji yang antara lain meneliti isu pengurusan, kewangan dan keputusan terdahulu yang memberi kesan kepada kedudukan institusi berkenaan.

Isu Tabung Haji kembali menjadi perhatian selepas laporan RCI dibentangkan di Dewan Rakyat, sekali gus mencetuskan perbahasan hangat mengenai bagaimana dana umat Islam itu diurus dan keputusan yang dibuat pada masa lalu.

Anwar kini dijangka menjalani pemantauan selama dua hari selepas menjalani pembedahan semalam.

Berita berkaitan
Ibrahim Ali sindir PAS, sekutu ‘bela’ UMNO dalam isu RCI TH keluar dewan
August 11, 2026· Politik
Mahfuz: Kalau mahu bela pendeposit TH, pembangkang patut duduk dan bahas
August 11, 2026· Politik
Syed Saddiq bidas pembangkang boikot keluar dewan, ini amanah pendeposit TH
August 11, 2026· Politik
Muhyiddin: Jangan lantik orang politik pimpin Tabung Haji
August 11, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Bersatu pertahan RCI TH, kecam tindakan Ahli Parlimen PN keluar dewan
6 jam lalu · Politik
CEO TH dalam lembaga 1MDB ketika beli tanah TRX, Parlimen diberitahu kerugian RM145.3 juta
6 jam lalu · Politik
Anwar saman Tuan Ibrahim berhubung kenyataan fitnah
7 jam lalu · Politik
Bendera tanpa bulan bintang, Akmal mahu penjelasan MBKT
8 jam lalu · Politik
Bersatu kena cari jalan kuasai semula PN: Puad
8 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
6 jam lalu
[VIDEO] Anak perantauan digesa balik, undi calon PH demi masa depan Negeri Sembilan
July 31, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok