Muhyiddin: Jangan lantik orang politik pimpin Tabung Haji

August 11, 2026 · Politik

Amalan melantik tokoh politik atau individu yang masih aktif mempunyai kepentingan politik ke dalam kepimpinan Lembaga Tabung Haji (TH) perlu dihentikan bagi memastikan pengurusan dana pendeposit bebas daripada campur tangan politik.

Ahli Parlimen Pagoh, Muhyiddin Yassin berkata, pelantikan anggota Lembaga Pengarah dan pengurusan tertinggi TH, termasuk anak syarikatnya, perlu dibuat berdasarkan merit, integriti, kelayakan profesional dan pengalaman.

Beliau berkata, langkah itu selari dengan syor Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung TH yang dibentangkan untuk dibahaskan di Dewan Rakyat.

“Amalan melantik tokoh politik atau individu yang mempunyai kepentingan politik aktif ke dalam Lembaga Pengarah mahupun jawatan pengurusan tertinggi Lembaga Tabung Haji hendaklah dihentikan.

“Ini bagi mengelakkan campur tangan politik dalam keputusan pelaburan dan pengurusan dana pendeposit,” katanya ketika membahaskan Laporan RCI berhubung TH pada Persidangan Khas Dewan Rakyat, hari ini.

Muhyiddin berkata, pengurusan TH memerlukan individu yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang kewangan, perbankan, pelaburan, undang-undang dan syariah.

Beliau turut mencadangkan pelaksanaan ujian *fit and proper person* sebelum seseorang individu dilantik ke dalam kepimpinan TH.

Katanya, proses penapisan itu perlu menggunakan kriteria ketat berdasarkan piawaian kawal selia seperti garis panduan Bank Negara Malaysia.

“Syarat ini penting untuk memastikan individu yang dilantik bebas daripada sebarang konflik kepentingan, isu integriti atau tekanan politik luar,” katanya.

Dalam pada itu, Muhyiddin menegaskan Jawatankuasa Pelaburan TH perlu berfungsi secara bebas tanpa dipengaruhi arahan luar yang boleh menjejaskan kepentingan kewangan pendeposit.

Beliau berkata, keyakinan rakyat terhadap TH juga perlu dipulihkan sepenuhnya dengan memastikan kelemahan dan kesilapan pengurusan lalu tidak berulang.

“Semua syor RCI perlu dilaksanakan, tindakan perlu diambil berdasarkan dapatan audit forensik dan tadbir urus berintegriti mesti ditegakkan demi masa depan Tabung Haji serta kepentingan umat Islam di Malaysia,” katanya.

RCI berhubung TH sebelum ini ditubuhkan bagi meneliti isu pengurusan, tadbir urus dan pelaburan institusi berkenaan, termasuk perkara yang berkait dengan kepentingan pendeposit.

Perbahasan di Dewan Rakyat kini memberi tumpuan kepada langkah susulan terhadap syor RCI, termasuk usaha memperkukuh tadbir urus dan memastikan pengurusan dana TH lebih telus, profesional serta bebas daripada pengaruh politik.

Berita berkaitan
Ibrahim Ali sindir PAS, sekutu ‘bela’ UMNO dalam isu RCI TH keluar dewan
August 11, 2026· Politik
Mahfuz: Kalau mahu bela pendeposit TH, pembangkang patut duduk dan bahas
August 11, 2026· Politik
Syed Saddiq bidas pembangkang boikot keluar dewan, ini amanah pendeposit TH
August 11, 2026· Politik
Bersatu pertahan RCI TH, kecam tindakan Ahli Parlimen PN keluar dewan
6 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
CEO TH dalam lembaga 1MDB ketika beli tanah TRX, Parlimen diberitahu kerugian RM145.3 juta
6 jam lalu · Politik
Keluar Dewan: Pembangkang PN tak peduli amanah pendeposit Tabung Haji?
7 jam lalu · Politik
Anwar saman Tuan Ibrahim berhubung kenyataan fitnah
7 jam lalu · Politik
Bendera tanpa bulan bintang, Akmal mahu penjelasan MBKT
7 jam lalu · Politik
Bersatu kena cari jalan kuasai semula PN: Puad
7 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
6 jam lalu
[VIDEO] Anak perantauan digesa balik, undi calon PH demi masa depan Negeri Sembilan
July 31, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok