Ibrahim Ali
Tindakan pembangkang keluar dari Dewan Rakyat ketika perbahasan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji (TH) disifatkan sebagai drama politik tidak matang dan cubaan menunjukkan kesetiaan kepada UMNO.
Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra), Ibrahim Ali berkata, tindakan PAS dan sekutunya itu dilihat sebagai usaha membuktikan pengorbanan mereka dalam membela pemimpin UMNO yang dikaitkan dengan isu serta pendedahan dalam RCI Tabung Haji.
Beliau menyindir tindakan itu sebagai pengorbanan atas dasar “cinta yang dirujuk semula”, walaupun mendakwa pelbagai perkara pernah berlaku antara kedua-dua pihak.
“UMNO akan terkenang budinya kepada Pas dan sekutu sejiwanya, maklumlah yang terlibat dalam penyelewengan pendedahan RCI TH adalah pemimpin-pemimpin dari UMNO.
“Mereka bersedia bersama demi cinta yang dirujuk semula walaupun janda ini sudah lakukan macam-macam hal,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Ibrahim turut menggesa pembangkang menghentikan tindakan yang disifatkannya sebagai drama politik dan sebaliknya memberi tumpuan kepada kepentingan rakyat serta usaha menegakkan kebenaran.
“Berhentilah main drama politik yang melebih-lebih. Belalah rakyat dan tegakkanlah kebenaran. Allah Maha Mengetahui,” katanya.
Mengulas alasan pembangkang yang mempersoalkan ketiadaan Perdana Menteri ketika perbahasan RCI Tabung Haji, Ibrahim berkata alasan itu tidak munasabah memandangkan pentadbiran negara dikendalikan secara bersama oleh Kabinet.
Katanya, ketiadaan Perdana Menteri yang sedang menjalani rawatan tidak sepatutnya menjadi alasan untuk menghentikan atau menangguhkan persidangan Parlimen.
“Apakah tanpa kehadiran Perdana Menteri yang menjalani rawatan perlu atau wajib hadir, atau sidang Dewan wajar ditangguhkan?
“Bukankah kerajaan ditadbir oleh Kabinet dan ada dua Timbalan Perdana Menteri serta berpuluh ahli Kabinet? Bukankah urusan kerajaan adalah tanggungjawab kolektif anggota Kabinet?” soalnya.
Menurut Ibrahim, perbahasan di Dewan Rakyat juga direkodkan dan boleh dirujuk, manakala Perdana Menteri masih boleh mengikuti perkembangan perbahasan melalui siaran langsung atau dalam talian.
“Apa masalah sebenarnya? Menurut hemat saya, ini semua drama politik yang tidak matang, kebudak-budakan atau gelisah kerana ia memberi kelebihan kepada kerajaan kerana isu RCI Tabung Haji ini adalah zaman pemerintahan BN,” katanya.
Tindakan wakil pembangkang keluar Dewan Rakyat berlaku ketika perbahasan laporan RCI Tabung Haji yang menjadi tumpuan selepas laporan itu dibentangkan di Parlimen.
RCI berkenaan ditubuhkan untuk menyiasat isu pengurusan, pelaburan dan kedudukan kewangan Tabung Haji, termasuk keputusan serta tindakan yang dibuat dalam tempoh pentadbiran terdahulu.
CEO TH dalam lembaga 1MDB ketika beli tanah TRX, Parlimen diberitahu kerugian RM145.3 juta
Keluar Dewan: Pembangkang PN tak peduli amanah pendeposit Tabung Haji?
Anwar saman Tuan Ibrahim berhubung kenyataan fitnah
Bendera tanpa bulan bintang, Akmal mahu penjelasan MBKT
Bersatu kena cari jalan kuasai semula PN: Puad
[VIDEO] Anak perantauan digesa balik, undi calon PH demi masa depan Negeri Sembilan