Loke enggan layan spekulasi, tunggu Ahad selepas persidangan DAP

20 jam lalu · Politik

Anthony Loke memilih untuk tidak mengulas spekulasi mengenai kedudukannya dalam DAP dan Kerajaan Madani menjelang Persidangan Kebangsaan DAP yang dijadual berlangsung Ahad ini.

Setiausaha Agung DAP itu meminta semua pihak menunggu sehingga persidangan berkenaan sebelum sebarang penjelasan lanjut diberikan, termasuk mengenai hala tuju parti dalam Kerajaan Perpaduan.

“Macam mana awak tahu ini yang terakhir? Saya tak pernah cakap macam itu pun. Lepas hari Ahad baru kita cakaplah,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri perhimpunan bulanan Kementerian Pengangkutan hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada perhimpunan bulanan kementerian itu merupakan program terakhir yang dihadirinya sebelum persidangan parti.

Loke memberikan respons dalam suasana santai sambil ketawa, malah menegaskan beliau tidak berada dalam keadaan tertekan seperti digambarkan oleh spekulasi yang berlegar.

“Saya sedang menyambut hari lahir KSU saya hari ini. Lepas ini kita ada sambutan hari lahir untuk KSU,” katanya.

Beliau kemudian mengakhiri sesi bersama media tanpa memberikan petunjuk mengenai keputusan atau pendirian yang bakal dibawa selepas persidangan DAP.

Persidangan Kebangsaan DAP akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), membabitkan 4,264 perwakilan.

Persidangan itu mendapat perhatian susulan perdebatan dalaman mengenai kedudukan DAP dalam Kerajaan Perpaduan, dengan keputusan parti berpotensi memberi kesan terhadap landskap politik kerajaan di peringkat Persekutuan.

Beberapa bahagian DAP sebelum ini dilaporkan cenderung menyokong supaya parti itu terus berada dalam Kerajaan Perpaduan, namun keputusan rasmi hanya akan diketahui selepas persidangan berlangsung.

Berita berkaitan
AMK tegur politik ‘berselingkuh’ dalam Kerajaan Perpaduan
7 jam lalu· Politik
PH yakin DAP utamakan kestabilan politik: Saifuddin Nasution
17 jam lalu· Politik
Lesen judi: Mahkamah Persekutuan tolak rayuan kerajaan Kedah
August 12, 2026· Isu semasa
Fahmi: Pertumbuhan ekonomi mesti masuk poket rakyat
August 10, 2026· Isu semasa
Lagi Politik terkini
RCI Tabung Haji: Radzi jelaskan kenapa MP Bersatu kekal dalam Dewan
20 jam lalu · Politik
RCI TH: BN gesa elak tuduhan melulu, jangan dijadikan modal politik
20 jam lalu · Politik
Lesen judi Kedah: Kalah di mahkamah, kenapa Putrajaya pula dipersalahkan PAS?
20 jam lalu · Politik
RCI TH: Keluar Dewan Rakyat, pembangkang dikecam bersuara di TikTok makan gaji buta
20 jam lalu · Politik
Pembangkang PAS, Wawasan gagal guna ruang Parlimen bela kepentingan pendeposit TH
21 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026
[VIDEO] Anak perantauan digesa balik, undi calon PH demi masa depan Negeri Sembilan
July 31, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok