Anwar: Saya pilih jalan damai, bukan cari gaduh dengan Zahid

August 15, 2026 · Politik

Perdana Menteri Anwar Ibrahim menegaskan hubungannya dengan Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi kekal baik, sekali gus menolak dakwaan hubungan kedua-dua pemimpin itu kini retak.

Anwar yang juga Presiden PKR menyifatkan pandangan bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin, mengenai hubungan beliau dengan Ahmad Zahid sebagai pandangan peribadi.

“Memang dia (Khairy) selalu lihat dari segi cara gaduh. Saya lihat cara damai dan itu yang berbeza,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Amanat Presiden pada Kongres Nasional PKR 2026 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka, hari ini.

Menurut Anwar, perbezaan pandangan dalam parti mahupun antara parti yang membentuk kerajaan Persekutuan boleh diselesaikan melalui perbincangan serta pendekatan secara aman.

Beliau turut menghargai peranan Ahmad Zahid sebagai Pengerusi BN dan Presiden UMNO dalam pembentukan Kerajaan Perpaduan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

“Sebab itu, tadi saya ucap terima kasih dalam ucapan saya tentang peranan Ahmad Zahid dan UMNO selaku Pengerusi BN memeterai Kerajaan Perpaduan pada peringkat awal,” katanya.

Kenyataan itu dibuat susulan dakwaan Khairy semalam yang mendakwa tahap kepercayaan antara Anwar dan Ahmad Zahid kini berada pada paras paling rendah sejak Kerajaan Perpaduan dibentuk pada 2022.

Khairy mengaitkan keadaan itu dengan hubungan BN dan PH yang semakin mencabar, terutama selepas BN menjalinkan kerjasama dengan PN dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.

Namun, Anwar menegaskan perbezaan pendirian politik tidak semestinya membawa kepada perpecahan hubungan antara pemimpin atau parti.

Kerajaan Perpaduan dibentuk selepas PRU-15 apabila tiada gabungan memperoleh majoriti mudah untuk membentuk kerajaan secara bersendirian. Gabungan PH dan BN kemudian bekerjasama bersama beberapa parti lain bagi membentuk pentadbiran Persekutuan.

Hubungan antara komponen Kerajaan Perpaduan sering menjadi perhatian, terutama ketika parti-parti terbabit berdepan kepentingan politik berbeza dalam pilihan raya negeri dan isu dalaman masing-masing.

Berita berkaitan
Sivamalar soal Akmal: Kenapa diam isu Istana Negeri Sembilan?
13 jam lalu· Politik
Hassan saran Anwar kekalkan Loke dalam Kabinet, tolak peletakan jawatan
20 jam lalu· Politik
Zahid nafi dititah menghadap Tuanku Muhriz
23 jam lalu· Politik
Krisis takhta NS, Syahredzan nasihat jangan cabar institusi Raja sesuka hati
September 21, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Rayuan Majlis Peguam cabar pengampunan Najib diputuskan 7 Januari: Bernama
13 jam lalu · Politik
AGC: Kerajaan Negeri Sembilan tiada kuasa gantung dua pegawai kanan
13 jam lalu · Politik
Krisis Negeri Sembilan: MB umum dua pegawai kanan digantung tugas
19 jam lalu · Politik
DUN Melaka sah bubar esok, PRN bakal diadakan: Ab Rauf
21 jam lalu · Politik
Pembatalan lantikan Exco Negeri Sembilan sah, ada asas Perlembagaan: Peguam
21 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok