Hapus AUKU, ruang anak muda lebih luas: Hassan Karim

August 15, 2026 · Politik

Cadangan kerajaan memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 dilihat sebagai langkah tepat untuk membuka ruang lebih luas kepada golongan muda, khususnya mahasiswa, dalam demokrasi dan politik negara.

Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim berkata keputusan Perdana Menteri Anwar Ibrahim itu wajar disokong, terutama ketika parti politik perlu kembali mendapatkan sokongan generasi muda.

Menurutnya, pengumuman pemansuhan AUKU pada Kongres Nasional PKR di Melaka turut mencerminkan perkembangan politik semasa, termasuk tahap sokongan anak muda berusia antara 18 hingga 25 tahun terhadap PKR.

“Anwar menyedari sokongan generasi muda berusia 18 hingga 25 tahun terhadap PKR amat rendah.

“Mungkin Anwar yang rajin membaca buku sejarah menyedari sebuah parti politik yang tidak mendapat sokongan orang muda akan merosot dan akhirnya parti itu hidup segan mati tak mahu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, Anwar mengumumkan kerajaan akan memansuhkan AUKU dan menggantikannya dengan akta baharu.

Perdana Menteri berkata, walaupun beberapa pindaan telah dibuat terhadap AUKU, masih ada perkara yang belum memenuhi harapan mahasiswa.

Hassan berkata pemansuhan akta itu mampu memberikan ruang lebih besar kepada mahasiswa untuk terlibat dalam demokrasi, selain menghidupkan kembali semangat reformasi dalam kalangan generasi muda.

“Golongan mudalah, lelaki dan wanita, yang membangunkan PKR, yang gigih mengibarkan idea dan panji perjuangan reformasi sehingga PKR tersebar ke seluruh negara,” katanya.

Beliau turut menyentuh mengenai keadaan PKR yang disifatkannya semakin kekurangan tokoh muda yang pernah berada di barisan hadapan perjuangan reformasi.

Antara nama yang pernah bersama PKR dan gerakan reformasi ialah Mohamad Ezam Mohd Nor, Tian Chua, Rafizi Ramli, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Latheefa Koya.

“Mereka yang berani, bijak dan bersedia berkorban untuk perjuangan, semuanya sudah meninggalkan perjuangan PKR,” katanya.

Hassan turut menyebut Nurul Izzah Anwar yang pernah dikenali sebagai antara tokoh utama generasi reformasi sebelum memilih untuk mengundurkan diri daripada jawatan Timbalan Presiden PKR.

Sehubungan itu, beliau melihat pengumuman pemansuhan AUKU pada Kongres Nasional PKR sebagai peluang untuk parti berkenaan mendekati semula anak muda dan memperkukuh sokongan terhadap agenda reformasi.

“Justeru, rasanya tepat melalui Kongres Nasional di Melaka ini, PKR mengisytiharkan AUKU akan dimansuhkan,” katanya.

AUKU diperkenalkan pada 1971 bagi mengawal pentadbiran institusi pengajian tinggi awam, termasuk aspek penglibatan mahasiswa dalam aktiviti politik. Akta itu telah melalui beberapa pindaan sebelum kerajaan kini memutuskan untuk menggantikannya dengan undang-undang baharu.

Berita berkaitan
Anwar sampaikan keresahan keluarga mangsa masih hilang kepada PM Nepal: Bernama
2 jam lalu· Isu semasa
Hassan saran Anwar kekalkan Loke dalam Kabinet, tolak peletakan jawatan
4 jam lalu· Politik
Anwar imbau detik di Penjara Sungai Buloh
6 jam lalu· Politik
Lawatan Anwar ke Shanghai perkukuh hubungan Malaysia-China
September 21, 2026· Isu semasa
Lagi Politik terkini
Krisis Negeri Sembilan: MB umum dua pegawai kanan digantung tugas
2 jam lalu · Politik
DUN Melaka sah bubar esok, PRN bakal diadakan: Ab Rauf
4 jam lalu · Politik
Pembatalan lantikan Exco Negeri Sembilan sah, ada asas Perlembagaan: Peguam
4 jam lalu · Politik
Akaun TikTok Na’im disekat TikTok, bukan MCMC: Hakim Norliza
4 jam lalu · Politik
DUN Melaka dijangka bubar hari ini, PRN semakin hampir
6 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok