Kerajaan terbuka kaji gabung elemen SST, GST

August 18, 2026 · Isu semasa

Kerajaan terbuka mengkaji penggabungan beberapa elemen Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) dengan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) bagi memperkemas sistem percukaian negara, namun SST kekal sebagai asas buat masa ini.

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim berkata kerajaan tidak menolak untuk mengambil ciri tertentu daripada GST jika langkah itu dapat membantu mewujudkan sistem percukaian lebih progresif dan efisien.

Menurutnya, kerajaan perlu berhati-hati supaya sebarang perubahan sistem cukai tidak menambah beban rakyat, terutama ketika kos sara hidup masih menjadi perhatian utama.

“Mengenai GST, SST kita terbuka untuk kaji, untuk perbaiki sistem percukaian tetapi kalau nak bercakap pasal GST sahaja, saya punya kebimbangan, seperti yang saya lahirkan berulang kali, ini nak cukai rakyat.

“Maknanya orang yang tak pernah bayar cukai, mesti bayar. Mana kita nak jawab dalam keadaan sekarang? Dengan kos sara hidup, beban rakyat. Sebab itu kita guna pangkal SST tetapi kalau ada beberapa penyesuaian, boleh kita lakukan,” katanya selepas menghadiri Majlis Libat Urus Belanjawan 2027 di Kementerian Kewangan hari ini.

Anwar berkata, kerajaan boleh mempertimbangkan beberapa ciri GST yang bersesuaian, namun tidak bersetuju dengan pendekatan cukai secara menyeluruh melalui sistem cukai berasaskan penggunaan.

“Saya dah sebut tadi, pangkalnya masih SST tetapi kalau ada beberapa ciri yang boleh kita terima, kita terima.

“Tapi saya tidak mahu tolak ansur satu hal. Saya tidak mahu cukai ke atas rakyat secara menyeluruh, seperti mana pangkal pandangan dalam GST, GST itu ‘broad-based tax’, kita cukai semua rakyat. Saya tak setuju,” katanya.

Dalam sesi libat urus Belanjawan 2027 sebelum itu, Anwar turut menyentuh keperluan memperkukuh sistem percukaian negara supaya lebih cekap, adil dan mampu menyokong kedudukan fiskal kerajaan.

GST pernah dilaksanakan di Malaysia pada April 2015 sebelum dimansuhkan pada September 2018 dan digantikan dengan SST.

Dalam perkembangan sama, Anwar berkata golongan M40 turut diberi perhatian dalam penyediaan Belanjawan 2027, termasuk usaha meringankan beban kewangan kumpulan berkenaan.

“Kita ada senarai hal-hal yang kita beri keutamaan untuk meringankan beban M40,” katanya.

Berita berkaitan
Skandal FELDA: Laporan awal mula didedah minggu depan
September 20, 2026· Isu semasa
Pengampunan Najib: Anwar dedah apa yang dibincangkan dengan Agong
September 20, 2026· Politik
Isu letak jawatan: Anwar mahu jumpa Loke selepas pulang dari Shanghai
September 20, 2026· Politik
Pengampunan Najib: PH tegaskan tiada siapa mengatasi undang-undang
September 18, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
1MDB mohon izin rayu keputusan libat firma guaman UK
3 jam lalu · Isu semasa
Lawatan Anwar ke Shanghai perkukuh hubungan Malaysia-China
3 jam lalu · Isu semasa
MCMC siasat video pementasan 2018 yang kembali tular
3 jam lalu · Isu semasa
Gaji rakyat Malaysia naik kepada RM3,803 pada 2025
7 jam lalu · Isu semasa
Kes scam: Pesara guru rugi RM15,000 ditipu sindiket menyamar pegawai polis
September 20, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok