Pengampunan Najib: PH tegaskan tiada siapa mengatasi undang-undang

September 18, 2026 · Politik

Pakatan Harapan (PH) menegaskan prinsip kedaulatan undang-undang perlu terus dihormati tanpa mengira kedudukan atau status seseorang susulan keputusan Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan berhubung bekas Perdana Menteri, Najib Razak.

Majlis Presiden PH dalam kenyataan selepas mesyuaratnya di Putrajaya hari ini turut menyatakan sokongan terhadap pendirian Perdana Menteri Anwar Ibrahim serta nasihat Peguam Negara dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh kepada Lembaga Pengampunan.

Menurut PH, prinsip undang-undang perlu menjadi asas dalam memastikan setiap individu yang disabitkan kesalahan menjalani hukuman mengikut peruntukan yang ditetapkan.

“Dan sesiapa sahaja yang didapati bersalah perlu menjalani hukuman mengikut lunas undang-undang seperti mana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan,” kata kenyataan itu.

PH turut memberi komitmen untuk meneruskan agenda reformasi serta usaha membanteras rasuah dan penyelewengan.

“Majlis Presiden berazam akan meneruskan usaha membanteras rasuah, mengangkat agenda reformasi dan membersihkan negara daripada unsur-unsur rasuah dan penyelewengan,” katanya.

Kenyataan itu dikeluarkan selepas Mesyuarat Lembaga Pengampunan bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya kali ke-64.

Dalam keputusan itu, Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim memperkenankan pengampunan bersyarat kepada Najib bagi membolehkan baki hukuman dijalani melalui tahanan di rumah sehingga 23 Ogos 2028, tertakluk kepada pembayaran denda RM50 juta serta pematuhan terhadap syarat yang ditetapkan.

Sekiranya syarat tersebut tidak dipatuhi, pengampunan bersyarat itu terbatal dan Najib perlu meneruskan baki hukuman di penjara.

Isu itu menjadi perhatian selepas keputusan Lembaga Pengampunan berkenaan menimbulkan perbahasan mengenai pelaksanaan hukuman, kuasa pengampunan serta prinsip kedaulatan undang-undang.

Terdahulu, Majlis Presiden PH bermesyuarat kira-kira dua jam dengan mesyuarat dipengerusikan Anwar yang turut membincangkan perkembangan politik semasa susulan keputusan berkaitan Najib.

Berita berkaitan
Sheikh Umar: Sepatutnya Zahid patut letak jawatan, bukan Loke
September 20, 2026· Politik
Skandal FELDA: Laporan awal mula didedah minggu depan
September 20, 2026· Isu semasa
G25 mahu rakyat tahu nasihat AG mengenai tahanan rumah Najib
September 20, 2026· Politik
Pengampunan Najib: Anwar dedah apa yang dibincangkan dengan Agong
September 20, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
PKR Kedah tolak gesaan supaya bubar Parlimen awal
September 20, 2026 · Politik
Isu letak jawatan: Anwar mahu jumpa Loke selepas pulang dari Shanghai
September 20, 2026 · Politik
Bersatu tunggu keputusan RoS berhubung aduan PN: Muhyiddin
8 jam lalu · Politik
Van polis ditempatkan di kediaman Najib mulai esok
8 jam lalu · Politik
Najib kekal di Kajang selagi denda RM50 juta belum dibayar
8 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok