Pertemuan Ahli Parlimen UMNO bersama PMX di Seri Perdana: Laporan

July 11, 2025 · Politik

Perdana Menteri Anwar Ibrahim dilaporkan mengadakan pertemuan dengan Menteri dan Ahli Parlimen UMNO di kediaman rasmi Perdana Menteri, Seri Perdana, malam ini.

Memetik laporan BH, beberapa kenderaan pelbagai guna (MPV) dilihat memasuki Seri Perdana dan terdapat juga polis pengiring bersama-sama dengan konvoi.

Sebuah MPV dipercayai dinaiki Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang diiringi polis tentera, dilihat memasuki perkarangan Seri Perdana pada jam 7.20 malam ini.

Kenderaan membawa Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilihat memasuki perkarangan Seri Perdana pada jam 7.40 malam.

Difahamkan Anwar malam ini mengadakan pertemuan tertutup dengan Ahli Parlimen UMNO.

Pertemuan itu dipercayai bagi membincangkan isu semasa termasuk pada sidang parlimen dan perkara membabitkan badan kehakiman.

Berita berkaitan
BN letak calon di DUN Sg Udang bukti tolak Wawasan: Puad
3 jam lalu· Politik
MCA tidak puas hati, dakwa UMNO ketepikan rundingan kerusi di Melaka: Laporan
6 jam lalu· Politik
Kes Jalur Gemilang: Representasi Akmal ditolak, mahu kemuka permohonan kedua
6 jam lalu· Politik
Zahid beri jaminan, kemelut calon MCA akan diselesaikan
October 25, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
AMK: Rafizi perlu jawab dakwaan, bukan sekadar saman Ramanan
6 jam lalu · Politik
DUN Sarawak bubar secara rasmi hari ini, SPR tentukan tarikh PRN
6 jam lalu · Politik
Padan muka MCA hanya diberi dua kerusi di Melaka: PKR
19 jam lalu · Politik
Bersatu bimbang mesyuarat khas MT PN berdepan risiko undang-undang
22 jam lalu · Politik
PRN Melaka: Adam Adli yakin calon baharu PKR mampu buat kejutan
October 25, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok