Sokongan Sanusi terhadap Nurul Izzah.
Sokongan kepada Nurul Izzah Anwar untuk memenangi pertandingan Timbalan Presiden PKR juga diberikan Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor.
Sanusi menyifatkan Nurul Izzah berbeza dengan Rafizi Ramli yang mengutuknya dalam kempen pemilihan PKR dan berkata Menteri Ekonomi itu cuba meraih populariti dengan menghentam lawan politiknya.
“Saya harap Nurul Izzah menang. Dia tak kutuk saya. Tapi yang saya kata nak tulis warkah tu, itu lawak saja,” katanya pada sidang media baru-baru ini.
Sanusi yang juga Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) berkata, walaupun PAS tidak campur tangan dalam urusan dalaman mana-mana parti lain termasuk PKR, keputusan pemilihan itu tetap memberi impak terhadap hala tuju pentadbiran negara kerana PKR adalah sebahagian Kerajaan Persekutuan.
Pada masa sama, beliau menegaskan pendirian PAS untuk tidak mencampuri urusan dalaman parti lain kekal utuh, meskipun ada pemimpin yang mempunyai pandangan peribadi terhadap calon tertentu.
Nurul Izzah yang bertanding jawatan Timbalan Presiden pada pemilihan sesi 2025-2028 juga mahu supaya pemilihan dilangsungkan dalam suasana harmoni dan tidak berpuak.
Kongres Nasional PKR termasuk Kongres Angkatan Muda Keadilan dan Wanita dijadual berlangsung pada 22 hingga 24 Mei ini di Johor Bahru, Johor dengan pemilihan pimpinan pusat ditetapkan pada 23 Mei.
Krisis Negeri Sembilan: MB umum dua pegawai kanan digantung tugas
DUN Melaka sah bubar esok, PRN bakal diadakan: Ab Rauf
Pembatalan lantikan Exco Negeri Sembilan sah, ada asas Perlembagaan: Peguam
Akaun TikTok Na’im disekat TikTok, bukan MCMC: Hakim Norliza
DUN Melaka dijangka bubar hari ini, PRN semakin hampir
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum