RCI Tabung Haji: Kerajaan tidak akan kompromi dan tindakan tegas diambil

August 26, 2026 · Politik

Kerajaan MADANI memberi jaminan tindakan susulan terhadap Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji akan dilaksanakan secara tegas dan menyeluruh, termasuk menyiasat sebarang penyelewengan hingga ke akar umbi.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Zulkifli Hasan, berkata ketegasan itu selari titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim pada 8 Ogos lalu supaya sebarang penyelewengan disiasat hingga ‘ke lubang cacing’.

“Fokus utama buat masa ini adalah memastikan tindakan susulan terhadap Laporan RCI Tabung Haji diselesaikan secara tegas dan menyeluruh.

“Langkah ini penting demi memelihara amanah jutaan pendeposit serta mempertahankan kesucian harta umat Islam,” katanya dalam kenyataan di Facebook hari ini.

Menurutnya, kerajaan juga menghormati proses Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) dan bersedia memberi kerjasama penuh sekiranya diperlukan.

Zulkifli berkata RCI Tabung Haji dibentuk pada 2021 dengan keanggotaan enam tokoh berpengalaman dalam bidang kehakiman, pentadbiran awam, perbankan, syariah dan audit.

“Gabungan kepakaran ini memastikan setiap siasatan dan cadangan tindakan dibuat secara bebas, profesional, adil serta berintegriti tanpa sebarang campur tangan,” katanya.

Beliau turut mengingatkan desakan pelbagai pihak sejak 2019 menunjukkan isu pengurusan simpanan umat Islam memerlukan ketelusan mutlak dan tidak boleh dikompromi.

“Kerajaan MADANI berikrar akan menggalas amanah ini dengan penuh rasa tanggungjawab dan rasa gerun kepada Allah serta memastikan setiap kezaliman ditangani berlandaskan undang-undang,” katanya.

Laporan RCI Tabung Haji sebelum ini mencetuskan perhatian selepas mendedahkan pelbagai isu berkaitan pengurusan institusi berkenaan, termasuk dalam tempoh 2014 hingga 2020.

Dalam perkembangan berkaitan, PAC disyorkan menubuhkan badan penyiasat khas di bawah tanggungjawabnya bagi menjalankan siasatan menyeluruh berhubung pengurusan Lembaga Tabung Haji bagi tempoh 2018 hingga 2025.

Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata cadangan itu dikemukakan secara tidak formal oleh Ahli Parlimen yang hadir pada wacana intelektual bertajuk *Realiti dan Persepsi: Jangan Mempolitikkan Tabung Haji* di sini semalam.

Perkembangan itu menambah tekanan supaya segala persoalan berkaitan pengurusan Tabung Haji diperjelaskan secara terbuka dan tindakan sewajarnya diambil berdasarkan hasil siasatan.

Berita berkaitan
Aziz Bari gesa UMNO, PAS henti pertikai RCI Tabung Haji
August 26, 2026· Politik
Dedah semua, jangan pilih-pilih laporan RCI TH demi kepentingan politik: AMK
3 jam lalu· Politik
Pendakwah terkenal didakwa seleweng dana NGO RM13 juta
4 jam lalu· Isu semasa
Jangan ulang RCI hanya kerana tak suka keputusan: Mahfuz
4 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Mahkamah kekal keputusan, Ketua Menteri P. Pinang menang kes saman fitnah
August 26, 2026 · Politik
Peja: Bersatu tak mampu bergerak solo di Melaka
3 jam lalu · Politik
Dua ADUN Bersatu sokong Wan Rosdy hingga PRN-16, parti beri restu
4 jam lalu · Politik
RCI Tabung Haji ditubuh ketika UMNO berkuasa, kenapa dipersoal sekarang? – Mahfuz
22 jam lalu · Politik
Bersatu Melaka terbuka kerjasama dengan PH hadapi PRN
22 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
August 16, 2026
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok