Jerebu.
Majlis Amanat Perdana Hari Kebangsaan 2026 yang dijadualkan berlangsung pada 30 Ogos ini dipindahkan dari Dataran Merdeka, Kuala Lumpur ke Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) susulan keadaan jerebu ketika ini.
Kementerian Komunikasi menerusi Jawatankuasa Kerja Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2026 memaklumkan keputusan itu dibuat sebagai langkah penyesuaian terhadap perkembangan semasa, terutama bagi memastikan keselamatan, kesihatan dan keselesaan tetamu serta orang ramai.
Majlis berkenaan dijadual bermula pada 9.30 malam dan pemindahan lokasi tidak menjejaskan pengisian serta semangat sambutan Hari Kebangsaan tahun ini.
“Pemindahan lokasi ini merupakan langkah bertanggungjawab bagi memastikan majlis dapat dilaksanakan dalam persekitaran yang lebih terkawal dan selesa,” menurut kenyataan itu hari ini.
Kerajaan akan terus memantau keadaan jerebu dan perkembangan kualiti udara dari semasa ke semasa bagi menentukan langkah seterusnya berkaitan acara sambutan.
Dalam perkembangan sama, keputusan mengenai pelaksanaan acara perbarisan sempena sambutan Hari Kebangsaan 2026 masih belum dimuktamadkan.
Keputusan itu akan dibuat berdasarkan penilaian keadaan semasa serta nasihat dan pandangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Jabatan Meteorologi Malaysia.
Orang ramai turut dinasihatkan supaya sentiasa peka terhadap perkembangan keadaan jerebu dan mendapatkan maklumat serta nasihat kesihatan menerusi saluran rasmi KKM.
Pemindahan lokasi majlis itu dibuat ketika beberapa kawasan di negara ini berdepan kemerosotan kualiti udara akibat jerebu, sekali gus mendorong pihak berkuasa mengambil langkah berjaga-jaga bagi melindungi kesihatan orang ramai.
Isu MyKad tular dimiliki warga asing, JPN siasat dakwaan
Bekas polis dakwa jadi mangsa kekerasan Shuhaily 11 tahun lalu
Op Viking: Polis sita aset RM409 juta berkait mafia korporat, 70 individu dipanggil
Fahmi agih baucar Deepavali di Lembah Pantai, bantu ringankan beban penduduk
PTPTN perinci penangguhan bayaran balik, umum tidak lama lagi
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum