MetMalaysia ramal ribut petir, hujan dan jerebu pada 31 Ogos: Bernama

August 28, 2026 · Isu semasa

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan ramalan cuaca khas bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan 2026 yang menjangkakan beberapa negeri mengalami ribut petir, hujan dan jerebu pada 31 Ogos ini.

Menurut hantaran grafik di Facebook MetMalaysia malam ini, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor dijangka mengalami ribut petir pada sebelah pagi, manakala Perak, Pahang, Terengganu dan Kelantan pada sebelah petang.

Pahang, Terengganu dan Kelantan pula dijangka menerima hujan pada sebelah malam, manakala Perlis, Kedah dan Pulau Pinang diramal cerah sepanjang hari.

Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan pula dijangka mengalami keadaan jerebu sepanjang hari.

Pedalaman dan Sandakan, Sabah diramal mengalami ribut petir dan hujan sepanjang hari, manakala Tawau mengalami ribut petir pada sebelah pagi sebelum hujan pada malam dan Pantai Barat Sabah pula berdepan keadaan jerebu sepanjang hari.

Sementara itu, di Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit, Bintulu dan Miri, Sarawak dijangka berjerebu sepanjang hari.

Bagaimanapun pada sebelah malam, Kapit dan Miri diramal hujan dan Limbang dilanda ribut petir di sebelah petang serta hujan pada malam.

MetMalaysia menerusi hantaran berasingan memaklumkan kebanyakan kawasan di Lembah Klang dan Pantai Barat Semenanjung dijangka mengalami keadaan jerebu pada malam ambang Hari Kebangsaan 2026, Ahad ini.

Menerusi grafik ramalan cuaca khas yang dikemas kini malam ini, keadaan itu dialami Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Labuan dan Sarawak, serta Kudat dan Pantai Barat Sabah.

Menurut MetMalaysia, negeri lain seperti Perak, Pahang, Terengganu, Kelantan serta beberapa kawasan di Sabah termasuk pedalaman, Sandakan dan Tawau kemungkinan dilanda hujan pada malam ambang Hari Kebangsaan, manakala Perlis, Kedah dan Pulau Pinang menikmati cuaca baik.

MetMalaysia turut menasihati orang ramai yang menghadiri sambutan ambang Hari Kebangsaan atau perarakan Hari Kebangsaan supaya menyemak ramalan cuaca di lokasi masing-masing serta mengambil langkah berjaga-jaga sekiranya berlaku perubahan cuaca.

Berita berkaitan
23 kawasan catat IPU tidak sihat, Seremban tertinggi setakat 4 petang
3 jam lalu· Isu semasa
Tiada syarikat malaysia terbabit pembakaran hutan Indonesia: Fahmi
October 23, 2026· Isu semasa
Super El Nino dijangka berlarutan hingga Januari 2027
October 22, 2026· Isu semasa
Jerebu: Malaysia tuntut Indonesia bertindak, bawa isu ke ASEAN
October 22, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
JPN sudah keluarkan 275,785 MyKad baharu, Johor rekod tertinggi
3 jam lalu · Isu semasa
Kapal bawa ketamin RM785 juta milik syarikat Malaysia: Polis
3 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan sanggup tanggung subsidi minyak demi rakyat: PMX
3 jam lalu · Isu semasa
Anwar: Ekonomi meningkat, masalah kos sara hidup rakyat tak diabaikan
3 jam lalu · Isu semasa
Jangan serah keselamatan digital anak kepada platform semata-mata
7 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok