Kementerian Kewangan (MOF).
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) didapati membuat komitmen serta membelanjakan lebih daripada peruntukan tahunan yang diluluskan bagi projek jalan luar bandar sejak beberapa tahun lalu.
Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Johan Mahmood Merican, berkata tiada sekatan dikenakan Kementerian Kewangan (MoF) terhadap peruntukan KKDW untuk melaksanakan projek berkenaan.
Menurutnya, keseluruhan peruntukan yang diluluskan untuk KKDW sudah disalurkan, namun masalah pembayaran kepada kontraktor berlaku selepas dana tahun semasa hampir sepenuhnya digunakan.
“Peruntukan yang diperuntukkan bagi KKDW sudah disalurkan sepenuhnya.
“Kekangan dalam proses pembayaran kepada kontraktor berbangkit disebabkan peruntukan tahun semasa telah pun dibelanjakan hampir sepenuhnya,” katanya dalam kenyataan.
Johan berkata, sejak beberapa tahun lalu, KKDW membuat komitmen dan berbelanja melebihi peruntukan tahunan yang diluluskan khususnya bagi projek Jalan Luar Bandar (JALB).
Beliau berkata, MoF sudah meluluskan tambahan RM300 juta bagi membantu menyelesaikan tunggakan pembayaran kepada kontraktor yang terlibat.
“Selain peruntukan tambahan, MoF juga sedang bekerjasama dengan KKDW bagi mencari penyelesaian isu ini termasuk mengatur semula peruntukan kementerian berdasarkan keutamaan,” katanya.
Pada masa sama, MoF sedang mengenal pasti penjimatan daripada kementerian lain yang boleh dilaksanakan bagi membantu menampung keterlebihan komitmen KKDW.
Isu pembayaran kontraktor itu sebelum ini mendapat perhatian selepas dilaporkan sebahagian kontraktor yang melaksanakan projek pembangunan di bawah KKDW berdepan kelewatan bayaran walaupun kerja sudah mencapai kemajuan seperti ditetapkan dalam kontrak.
Keadaan itu dikatakan memberi tekanan kepada kontraktor dari segi aliran tunai, termasuk menyebabkan ada yang terpaksa menghentikan operasi selain berdepan tuntutan daripada pembekal bahan dan subkontraktor.
Projek JALB antara pembangunan penting di kawasan luar bandar kerana bertujuan meningkatkan hubungan antara kampung, pekan dan kawasan ekonomi selain memudahkan pergerakan penduduk serta merancakkan aktiviti ekonomi setempat.
Penjelasan MoF itu sekali gus memberi gambaran isu pembayaran bukan berpunca daripada sekatan terhadap peruntukan KKDW, sebaliknya berkait dengan komitmen perbelanjaan yang melebihi jumlah diluluskan.
Anugerah Seri Angkasa iktiraf sumbangan warga penyiaran: Fahmi
JPN sudah keluarkan 275,785 MyKad baharu, Johor rekod tertinggi
Kapal bawa ketamin RM785 juta milik syarikat Malaysia: Polis
Kerajaan sanggup tanggung subsidi minyak demi rakyat: PMX
Anwar: Ekonomi meningkat, masalah kos sara hidup rakyat tak diabaikan
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum