PRN Melaka: Zahid jamin Ab Rauf kekal Ketua Menteri jika BN menang

October 24, 2026 · Politik

Ab Rauf Yusoh akan dikekalkan sebagai Ketua Menteri Melaka sekiranya Barisan Nasional (BN) bersama rakan strategiknya berjaya memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada 14 November ini.

Pengerusi BN, Ahmad Zahid Hamidi berkata keputusan itu berdasarkan rekod kepimpinan Ab Rauf serta potensi yang ditunjukkannya sejak memegang pelbagai jawatan dalam UMNO.

Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri memberi jaminan kedudukan Ab Rauf tidak akan berubah sekiranya gabungan itu kembali memperoleh mandat untuk mentadbir negeri berkenaan.

“Insya-Allah Datuk Rauf, walaupun kita ‘order’ barang (secara) online, barang yang ‘order’, barang itulah juga yang Melaka akan dapat,” katanya ketika berucap merasmikan Pelancaran Jentera BN Parlimen Jasin di Dewan Alamanda, Jasin, malam tadi.

Kenyataan itu dilihat sebagai isyarat jelas BN mahu mengekalkan kesinambungan kepimpinan negeri sekiranya berjaya mempertahankan kuasa dalam PRN Melaka akan datang.

Ab Rauf mengambil alih jawatan Ketua Menteri Melaka pada Mac 2023 selepas menggantikan Sulaiman Md Ali, yang meletakkan jawatan.

Dalam PRN Melaka 2021, BN berjaya membentuk kerajaan negeri selepas memenangi 21 daripada 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan.

Pakatan Harapan (PH) pula memperoleh lima kerusi, manakala Perikatan Nasional (PN) memenangi dua kerusi.

PRN kali ini dijangka menjadi medan penting bagi BN mempertahankan penguasaan negeri itu, selain menguji kekuatan kerjasama politiknya bersama rakan strategik dalam menghadapi persaingan daripada gabungan lain.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 31 Oktober sebagai hari penamaan calon, manakala pengundian awal berlangsung pada 10 November.

Pengundi akan menunaikan tanggungjawab memilih kerajaan negeri baharu pada 14 November ini.

Berita berkaitan
Agihan kerusi Melaka: Khalid Samad sifatkan PAS jadi ‘macai’ BN
October 24, 2026· Politik
PRN Melaka: PAS nafi akan umum calon sepentas dengan BN
21 jam lalu· Politik
DUN Sarawak bubar 26 Oktober ini, beri laluan PRN diadakan
22 jam lalu· Politik
Kerajaan terus buru aset 1MDB walaupun Najib diampunkan
October 23, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Rafizi mahu saman Ramanan susulan kenyataan media
21 jam lalu · Politik
AGC bawa kes pembatalan pendaftaran PN ke Mahkamah Rayuan
22 jam lalu · Politik
Abang Johari panggil sidang media khas, DUN Sarawak bakal bubar?
October 23, 2026 · Politik
Ismail Lasim nafi letak jawatan MB Negeri Sembilan
October 22, 2026 · Politik
Mahkamah gantung notis batal pendaftaran PN
October 22, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok