UMNO hadir Muktamar PAS, tapi tanpa Zahid

September 4, 2026 · Politik

Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi tidak muncul di Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-72 di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (PUTIK), Pengkalan Chepa hari ini, meskipun kehadirannya sebelum ini dilaporkan bakal menjadi perhatian.

Sebaliknya, UMNO menghantar barisan kepimpinannya bagi mewakili Ahmad Zahid pada muktamar berkenaan, diketuai Setiausaha Agung UMNO, Asyraf Wajdi Dusuki.

Turut hadir Pengerusi UMNO Kelantan, Ahmad Jazlan Yaakub bersama kepimpinan UMNO negeri termasuk ketua-ketua bahagian.

Kehadiran kepimpinan UMNO itu menjadi antara perkembangan menarik dalam hubungan antara kedua-dua parti yang kini menjalinkan kerjasama strategik melalui kerangka kerjasama politik.

Ia juga merupakan kali kedua kepimpinan UMNO hadir ke Muktamar PAS selepas penyertaan mereka pada Muktamar PAS di Pahang pada 2019.

Sebelum ini, media melaporkan PAS menjemput Ahmad Zahid serta kepimpinan UMNO menghadiri Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-72 yang berlangsung di Kelantan.

Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan sebelum ini memaklumkan jemputan itu dibuat atas kedudukan UMNO sebagai rakan kerjasama strategik kepada PAS.

“UMNO adalah rakan kerjasama strategik,” katanya ketika menjelaskan alasan jemputan berkenaan.

Muktamar kali ini berlangsung ketika hubungan PAS dan UMNO kembali menjadi perhatian susulan perkembangan politik semasa serta kerjasama antara kedua-dua parti di beberapa peringkat.

Walaupun Ahmad Zahid tidak hadir secara peribadi, kehadiran barisan kepimpinan UMNO di muktamar PAS dilihat menunjukkan saluran hubungan antara kedua-dua parti masih berjalan.

Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-72 menghimpunkan perwakilan parti dari seluruh negara bagi membincangkan hala tuju, dasar dan perkembangan politik semasa.

Berita berkaitan
Krisis takhta NS, Syahredzan nasihat jangan cabar institusi Raja sesuka hati
3 jam lalu· Politik
Ahli PAS digesa utamakan dana kompleks parti, bukan tabung Najib: Iskandar
11 jam lalu· Politik
Tabung RM50 juta Najib: Wanita PKR persoal UMNO bawa budaya memaafkan perasuah?
13 jam lalu· Politik
PKR Negeri Sembilan pertahan keputusan Tuanku Muhriz, persoal tindakan Exco
14 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Ab Rauf titip tiga pesan sebelum DUN Melaka dibubar
3 jam lalu · Politik
PUTRA lapor polis, dakwa Exco Negeri Sembilan ganggu institusi Raja
3 jam lalu · Politik
Amanah mahu MB Negeri Sembilan bubar DUN
11 jam lalu · Politik
Tahanan rumah Najib: Mahfuz persoal asas undang-undang pengampunan
11 jam lalu · Politik
RM50 juta belum dibayar, Najib masih tunggu proses tahanan rumah: Laporan
11 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok