Mahkamah tangguh prosiding bankrap Najib dan anak

September 4, 2026 · Politik

Prosiding kebankrapan terhadap Najib Razak dan anaknya, Nazifuddin berkaitan tunggakan cukai berjumlah kira-kira RM1.7 bilion ditangguhkan selepas Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan mereka.

Panel tiga hakim dipengerusikan Alwi Abdul Wahab turut mendapati Mahkamah Tinggi tidak menggunakan budi bicara dengan sewajarnya ketika menolak permohonan penangguhan prosiding sebelum ini.

Alwi berkata, terdapat keadaan khas yang membolehkan prosiding kebankrapan ditangguhkan sementara Najib dan Nazifuddin mencabar jumlah liabiliti cukai mereka di hadapan Pesuruhjaya Khas Cukai Pendapatan (PKCP).

“Rayuan di depan PKCP mendedahkan isu serius, besar dan sebahagiannya boleh dipertikaikan.

“Mahkamah Tinggi mengetepikan isu ini dan gagal menilai dalam menentukan sama ada wujud alasan mencukupi untuk penangguhan prosiding,” katanya.

Shahnaz Sulaiman dan Ong Chee Kwan turut bersidang dalam panel berkenaan.

Mahkamah Rayuan turut mengambil kira kes jenayah dan sivil yang sedang dihadapi Najib, dengan menyatakan perintah bankrap boleh memberi kesan terhadap perjalanan prosiding terbabit.

Menurut Alwi, pengeluaran perintah bankrap secara automatik akan menggantung prosiding tertentu, sekali gus berpotensi mengganggu pentadbiran keadilan serta melambatkan kes berkepentingan awam.

Beliau pada masa sama menegaskan penangguhan itu tidak menjejaskan kepentingan kerajaan.

“Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) kekal mempunyai hak statutori untuk menguatkuasakan sebarang liabiliti cukai yang dimuktamadkan sebaik sahaja pertikaian pemfailan diselesaikan secara muktamad oleh PKCP,” katanya.

Pada Julai 2020, Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan LHDN untuk memasukkan penghakiman ringkas terhadap Najib dalam tuntutan mendapatkan semula lebih RM1.69 bilion tunggakan cukai.

Penghakiman sama turut dibuat terhadap Nazifuddin membabitkan RM37.6 juta.

Penghakiman ringkas membolehkan mahkamah membuat keputusan berdasarkan hujah bertulis tanpa mengadakan perbicaraan penuh atau memanggil saksi.

Susulan kegagalan menjelaskan jumlah terbabit, notis kebankrapan kemudian difailkan terhadap kedua-duanya.

Najib dan Nazifuddin diwakili peguam Farhan Shafee, manakala LHDN diwakili Peguam Kanan Hasil, Al-Hummidallah Idrus.

Berita berkaitan
Ahli PAS digesa utamakan dana kompleks parti, bukan tabung Najib: Iskandar
4 jam lalu· Politik
Tahanan rumah Najib: Mahfuz persoal asas undang-undang pengampunan
4 jam lalu· Politik
RM50 juta belum dibayar, Najib masih tunggu proses tahanan rumah: Laporan
4 jam lalu· Politik
Tabung RM50 juta Najib: Wanita PKR persoal UMNO bawa budaya memaafkan perasuah?
6 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Amanah mahu MB Negeri Sembilan bubar DUN
4 jam lalu · Politik
MB: Exco Negeri Sembilan masih sah, tidak perlu senarai baharu
6 jam lalu · Politik
PKR Negeri Sembilan pertahan keputusan Tuanku Muhriz, persoal tindakan Exco
6 jam lalu · Politik
PRN Melaka: PH sedia jalan sendiri jika BN tak berminat kerjasama
9 jam lalu · Politik
Tuanku Muhriz batal pelantikan semua Exco Negeri Sembilan
9 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok