AS nafi campur tangan, AMK desak Hadi tampil dengan bukti

September 7, 2026 · Politik

Dakwaan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang kononnya Amerika Syarikat (AS) pernah menawarkan bantuan untuk menjatuhkan Kerajaan Persekutuan kini berdepan penafian terbuka Washington, menyebabkan AMK mendesak beliau tampil dengan bukti dan penjelasan.

Ketua Biro Hubungan Antarabangsa AMK Malaysia, Arief Izuadin berkata, dakwaan itu terlalu serius untuk dibiarkan tanpa penjelasan kerana menyentuh kedaulatan, keselamatan serta hubungan diplomatik Malaysia.

“Dakwaan sebesar ini tidak boleh dibiarkan tanpa bukti, lebih-lebih lagi apabila ia melibatkan sebuah negara kuasa besar dunia yang turut mempunyai hubungan penting dengan Malaysia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Penafian AS dibuat menerusi Chargé d’Affaires ad interim Kedutaan Besar AS di Kuala Lumpur, David H. Gamble Jr., yang menegaskan AS tidak pernah cuba menentukan kepimpinan politik di Malaysia.

Beliau turut menyifatkan dakwaan Abdul Hadi sebagai “tidak benar”.

Arief berkata, Abdul Hadi sehingga kini masih belum memberikan penjelasan lanjut atau mengemukakan bukti bagi menjawab penafian tersebut.

Menurutnya, jika benar wujud campur tangan asing dalam politik Malaysia, perkara itu perlu disiasat dan tindakan tegas diambil.

Pada masa sama, beliau memberi amaran dakwaan tanpa bukti juga berpotensi menjejaskan hubungan perdagangan dan diplomatik Malaysia-AS serta kepentingan strategik negara.

Sehubungan itu, Biro Hubungan Antarabangsa AMK Malaysia membuat laporan polis dan menggesa Polis Diraja Malaysia (PDRM) meneliti sama ada dakwaan serta maklumat yang dikatakan berada dalam pengetahuan Abdul Hadi menimbulkan isu di bawah Seksyen 202 Kanun Keseksaan.

AMK turut menggesa pihak berkuasa meneliti sebarang implikasi di bawah Akta Hasutan 1948 berdasarkan fakta dan hasil siasatan.

“Jika benar berlaku campur tangan asing, kita mesti bertindak tegas. Jika tidak benar, dakwaan yang melibatkan kedaulatan dan hubungan luar negara tidak boleh dibuat sewenang-wenangnya kerana akan menyebabkan kepentingan strategik negara terjejas,” katanya.

Dakwaan Abdul Hadi itu sebelum ini mencetuskan perhatian selepas beliau mendakwa sebuah kuasa asing pernah menawarkan bantuan kepada PAS untuk menjatuhkan kerajaan.

AMK menegaskan dakwaan berkenaan perlu dibuktikan atau disiasat, terutama selepas AS secara terbuka menafikannya.

“Kedaulatan dan keselamatan negara bukan bahan politik murahan. Dakwaan sebesar ini wajib melalui ‘tabayyun’ dan bukti yang kukuh,” tegas Arief.

Berita berkaitan
PAS akan jadikan UMNO, BN ‘pak turut’ – PKR Terengganu
September 8, 2026· Politik
Dakwaan tawaran AS jatuhkan kerajaan: Polis terima 12 laporan terhadap Hadi
September 7, 2026· Politik
Mahfuz: PAS jangan jadikan syurga sebagai umpan undi
September 7, 2026· Politik
Bukit Aman hubungi Hadi dakwaan AS tawar bantuan jatuhkan kerajaan Malaysia
September 7, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Mohamad Hasan: UMNO tak mahu dipermainkan lagi, tetapkan empat syarat kerjasama
1 jam lalu · Politik
Peguam nafi Azeez pilih baju lokap, gari
1 jam lalu · Politik
Mohamad Hasan: Menang PRN bukan lesen UMNO untuk leka
2 jam lalu · Politik
Ahmad Zahid tolak spekulasi Ismail Lasim letak jawatan, nafi hadir mesyuarat
2 jam lalu · Politik
UMNO dakwa syarat dilanggar berhubung isu pengampunan Najib
6 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok