Mohamad Hasan: UMNO tak mahu dipermainkan lagi, tetapkan empat syarat kerjasama

September 9, 2026 · Politik

UMNO menetapkan empat syarat utama bagi membolehkan kerjasama politik dalam usaha memperkukuh perpaduan Melayu dan Islam, kata Mohamad Hasan.

Timbalan Presiden UMNO itu berkata, kerjasama berkenaan perlu dibina dengan niat yang ikhlas serta berlandaskan kepentingan strategik politik Melayu dan Islam.

Menurutnya, kerjasama itu juga tidak boleh berlaku secara sementara, bermusim atau hanya ketika sesebuah parti memerlukan kekuatan UMNO.

“Kerjasama itu tidak boleh bersifat berjeda, terputus, bermusim atau bertujuan mengambil kesempatan atas kekuatan atau kelemahan UMNO,” katanya ketika merasmikan Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO 2026 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), malam ini.

Mohamad berkata, UMNO mempunyai pengalaman kurang baik dalam usaha membentuk perpaduan politik Melayu-Islam sebelum ini dan tidak mahu perkara sama berulang.

Beliau menegaskan, UMNO tidak mahu diperalat atau diperlakukan seperti sebelum ini dalam percaturan politik Melayu.

“Kerana ini UMNO amat berhati-hati dan tidak mahu pengalaman buruk berulang. Pendirian UMNO sangat jelas. Anda ikhlaskan diri, kami juga akan ikhlaskan segalanya, insya-Allah,” katanya.

Dalam masa sama, beliau berkata pintu UMNO untuk penyatuan politik Melayu tetap terbuka pada bila-bila masa dan dalam apa-apa keadaan, selagi kerjasama itu dibina atas keikhlasan serta kepentingan bersama.

“Justeru, penyatuan politik Melayu itu boleh berlaku pada bila-bila masa dan dalam apa-apa keadaan,” katanya.

Kenyataan itu dibuat ketika UMNO mengadakan persidangan tahunannya, yang turut menjadi medan parti menilai hala tuju politik serta kedudukannya dalam kerjasama kerajaan semasa.

Perbahasan mengenai perpaduan Melayu dan Islam kekal menjadi antara isu penting dalam politik negara, khususnya susulan perubahan landskap politik selepas Pilihan Raya Umum ke-15 yang menyaksikan tiada satu gabungan memperoleh majoriti mudah untuk membentuk kerajaan.

Berita berkaitan
Zahid tak akan benar usul gugat MB Negeri Sembilan
7 jam lalu· Politik
PN sasar lebih empat kerusi di Melaka hasil rundingan dengan UMNO: Tuan Ibrahim
October 9, 2026· Politik
Adly kritik Akmal, dakwa main sentimen kaum dan agama
October 9, 2026· Politik
Mat Sabu: Jadikan krisis Negeri Sembilan pengajaran buat pengundi PRN Melaka
October 9, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Belanjawan 2027: Bantuan rakyat perlu disusuli peningkatan pendapatan
7 jam lalu · Politik
PKR lapor polis isu sindiran ayat al-Quran oleh Eric See-To
12 jam lalu · Politik
Akmal kecam sindiran Eric See-To terhadap istilah ‘lighad’, jangan perlekeh al-Quran
14 jam lalu · Politik
Parlimen: 19 kes DNAA libatkan 12 ahli politik sejak 2010
October 9, 2026 · Politik
PH umum calon PRN Melaka minggu depan
October 8, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok