Mahfuz: PAS jangan jadikan syurga sebagai umpan undi

September 7, 2026 · Politik

Parti politik boleh meminta sokongan rakyat, namun tidak wajar menjadikan syurga sebagai seolah-olah ganjaran kepada mereka yang mengundi atau menyertai sesebuah parti, kata Naib Presiden Parti Amanah, Mahfuz Omar.

Mahfuz mengkritik kenyataan Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan yang didakwa mengaitkan sokongan dan keahlian PAS dengan peluang seseorang mendapat syurga.

Menurutnya, soal syurga dan neraka adalah hak mutlak Allah SWT dan tidak boleh ditentukan berdasarkan warna bendera, logo parti atau nombor calon pada kertas undi.

“PAS boleh meminta rakyat menyokong PAS. PAS boleh mengajak rakyat mengundi PAS. Tetapi PAS tidak pernah diberi mandat oleh Allah SWT untuk menentukan siapa yang akan masuk syurga,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Mahfuz berkata, kenyataan mengaitkan undi atau keahlian parti dengan syurga adalah perkara berat kerana boleh menimbulkan persepsi orang Islam yang memilih parti lain berada di jalan yang salah.

“Kalau satu undi kepada PAS boleh menjadi tiket ke syurga, saya ingin bertanya secara terus, sejak bila kertas undi menjadi pasport ke akhirat dan sejak bila sebuah parti politik diberi kuasa menentukan destinasi akhirat manusia?” katanya.

Beliau menyifatkan pendekatan itu sebagai tidak sihat dalam membawa agama ke dalam politik, sambil menegaskan PAS tidak boleh disamakan dengan Islam.

“PAS bukan Islam. Islam jauh lebih besar daripada PAS,” katanya.

Mahfuz turut mengingatkan supaya perjuangan politik berteraskan Islam lebih banyak diterjemahkan melalui isu amanah, keadilan, rasuah, kemiskinan, pendidikan, kebajikan rakyat dan akhlak dalam pemerintahan.

Katanya, parti politik perlu membuktikan perjuangan menerusi pentadbiran dan tindakan, bukan mendakwa sokongan kepada parti sebagai tiket menuju akhirat.

“Parti boleh meminta undi, tetapi parti tidak boleh menjual syurga. Parti boleh mendakwa membawa Islam, tetapi jangan sampai mengambil alih tempat Allah dalam menentukan siapa yang mendapat syurga,” katanya.

Beliau turut menggunakan perumpamaan sinis dengan berkata, “Pejabat PAS bukan kaunter imigresen akhirat. Tunjuk sijil ahli PAS dan undi PAS, dapat cop syurga.”

Mahfuz berkata dalam sistem demokrasi, rakyat mempunyai hak menentukan kerajaan melalui undi, manakala soal akhirat berada di bawah ketentuan Allah SWT.

Beliau menyeru semua parti politik, khususnya parti yang membawa nama Islam, supaya berpolitik dengan akhlak dan tawaduk serta tidak menjadikan agama sebagai senjata politik.

“Undi rakyat jangan diperdagangkan dengan janji syurga. Syurga bukan milik PAS. Syurga milik Allah,” katanya.

Berita berkaitan
PAS akan jadikan UMNO, BN ‘pak turut’ – PKR Terengganu
September 8, 2026· Politik
Dakwaan tawaran AS jatuhkan kerajaan: Polis terima 12 laporan terhadap Hadi
September 7, 2026· Politik
Bukit Aman hubungi Hadi dakwaan AS tawar bantuan jatuhkan kerajaan Malaysia
September 7, 2026· Politik
AS nafi campur tangan, AMK desak Hadi tampil dengan bukti
September 7, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Mohamad Hasan: UMNO tak mahu dipermainkan lagi, tetapkan empat syarat kerjasama
2 jam lalu · Politik
Peguam nafi Azeez pilih baju lokap, gari
2 jam lalu · Politik
Mohamad Hasan: Menang PRN bukan lesen UMNO untuk leka
2 jam lalu · Politik
Ahmad Zahid tolak spekulasi Ismail Lasim letak jawatan, nafi hadir mesyuarat
3 jam lalu · Politik
UMNO dakwa syarat dilanggar berhubung isu pengampunan Najib
6 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok