SPRM: Azeez minta kekal pakai baju lokap, bergari

September 9, 2026 · Politik

Bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Azeez Rahim memilih untuk hadir ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini dengan memakai pakaian lokap berwarna ungu dan tangan bergari, menurut Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

SPRM dalam kenyataan hari ini menjelaskan pemakaian pakaian lokap dan gari itu bukan atas arahan pihaknya, sebaliknya atas kehendak Azeez sendiri.

Menurut SPRM, pegawai agensi itu serta anggota polis yang mengiringi Azeez ke mahkamah sudah menasihatinya supaya menukar pakaian lokap kepada pakaian biasa sebelum prosiding pertuduhan bermula.

Peguamnya turut dimaklumkan supaya beliau tidak perlu memakai gari ketika hadir di mahkamah.

“Bagaimanapun, beliau berkeras untuk kekal memakai pakaian lokap dan juga gari berkenaan sehingga proses pertuduhan selesai dibacakan,” menurut kenyataan itu.

SPRM turut menegaskan pihaknya tidak pernah mengarahkan Azeez untuk memakai pakaian lokap atau gari ketika dibawa ke mahkamah.

“Pemakaian baju lokap ungu PDRM dan dalam keadaan bergari membabitkan Azeez ketika hadir pertuduhan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur adalah atas kehendaknya sendiri,” menurut SPRM.

Penjelasan itu dibuat susulan perhatian terhadap penampilan Azeez ketika dibawa ke mahkamah bagi menghadapi pertuduhan berkaitan kes yang sedang disiasat SPRM.

SPRM pada masa sama meminta semua pihak tidak membuat spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak tepat berhubung perkara itu.

“SPRM meminta semua pihak agar tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak tepat khususnya yang membabitkan isu ini,” katanya.

Azeez sebelum ini pernah berdepan pertuduhan di mahkamah berkaitan kes rasuah dan pengubahan wang haram ketika memegang jawatan dalam kerajaan serta Lembaga Tabung Haji. Prosiding terbaharu itu sekali lagi menarik perhatian selepas beliau hadir dalam pakaian lokap dan bergari.

Berita berkaitan
Peguam nafi Azeez pilih baju lokap, gari
September 9, 2026· Politik
UMNO dakwa syarat dilanggar berhubung isu pengampunan Najib
September 9, 2026· Politik
Haji 2027: B40 bayar RM15,000, T20 RM33,300
September 9, 2026· Isu semasa
Abdul Azeez didakwa guna jawatan untuk dapat habuan
September 9, 2026· Isu semasa
Lagi Politik terkini
Isu pengampunan: Zahid serah nasib Najib kepada budi bicara Agong
9 jam lalu · Politik
Pemuda UMNO desak GST dikembalikan
10 jam lalu · Politik
Danish cabar Asyraf tunjuk ayat PH pertikai kuasa Agong
10 jam lalu · Politik
Ismail akan berjumpa Zahid, jelaskan dakwaan dipaksa tandatangan
11 jam lalu · Politik
Penyatuan ummah bukan untuk pinggir bukan Melayu – Akmal
11 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok