Fahmi: Malaysia mahu ASEAN bersatu bendung ancaman dalam talian

2 jam lalu · Isu semasa

Malaysia mahu kerjasama lebih kukuh antara negara ASEAN dan pengawal selia antarabangsa bagi menangani kemudaratan dalam talian yang semakin merentasi sempadan, terutama membabitkan keselamatan kanak-kanak.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ancaman dalam talian tidak mengenal sempadan negara, sekali gus memerlukan tindakan bersama antara kerajaan, pengawal selia dan platform digital.

“Kemudaratan dalam talian tidak terhenti di sempadan negara, begitu juga dengan tindak balas kita. Melalui MRRM, kita mahu belajar daripada pengalaman pengawalseliaan yang berbeza, mengenal pasti pendekatan praktikal yang berkesan dan memperkukuh kerjasama untuk melindungi kanak-kanak dalam talian dengan lebih baik,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Mesyuarat Meja Bulat Menteri-Pengawal Selia (MRRM) yang dianjurkan Kementerian Komunikasi bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sempena M360 ASEAN 2026, hari ini.

Mesyuarat itu menghimpunkan pembuat dasar dan pengawal selia dari rantau ASEAN serta rakan antarabangsa bagi bertukar pengalaman berkaitan pengawalseliaan keselamatan dalam talian dan kepercayaan digital.

Antara isu diberi perhatian ialah perlindungan kanak-kanak dalam persekitaran digital, akauntabiliti platform, jaminan umur serta keperluan memperkukuh kerjasama rentas bidang kuasa.

Perbincangan turut mendapat pandangan Pesuruhjaya eSafety Australia dan Ofcom United Kingdom mengenai pendekatan pengawalseliaan serta pengalaman pelaksanaan kerangka keselamatan dalam talian di negara masing-masing.

Fahmi berkata kepelbagaian pendekatan antara negara tidak sepatutnya menjadi ruang kepada pihak tertentu mengeksploitasi kelemahan kawal selia.

“Kepelbagaian kita adalah satu kekuatan, namun jurang dalam kawal selia tidak seharusnya membuka ruang untuk eksploitasi. Dengan penyelarasan lebih kukuh dalam prinsip kepercayaan digital, jaminan umur dan keselamatan dalam talian, kita lebih berupaya untuk bertindak secara bersama,” katanya.

Beliau turut menegaskan platform digital perlu memainkan peranan lebih besar dalam memastikan keselamatan pengguna, selain kerajaan dan pengawal selia mencari lebih banyak titik persamaan untuk tindakan serantau.

Mesyuarat berkenaan turut menyentuh risiko terhadap kanak-kanak termasuk jenayah siber, buli siber dan penyalahgunaan data peribadi.

Malaysia sebelum ini memperkenalkan Akta Keselamatan Dalam Talian 2025, manakala kerjasama serantau turut diperkukuh menerusi Deklarasi Kuala Lumpur mengenai Penggunaan Platform Media Sosial Secara Selamat dan Bertanggungjawab untuk ASEAN.

Fahmi berkata usaha menangani ancaman digital memerlukan pendekatan menyeluruh merangkumi kawal selia berkesan, literasi digital dalam kalangan ibu bapa serta akauntabiliti platform.

“Walaupun pendekatan pengawalseliaan mungkin berbeza, kita berkongsi matlamat yang sama untuk membina persekitaran digital yang lebih selamat dan dipercayai,” katanya.

Berita berkaitan
Helikopter terhempas, Jemaah Menteri sampaikan takziah kepada keluarga lima mangsa
6 jam lalu· Isu semasa
AI bakal cipta 500,000 pekerjaan menjelang 2030 – Fahmi
September 8, 2026· Isu semasa
ASEAN perlu perkemas tindakan tangani jerebu rentas sempadan: PMX
September 8, 2026· Isu semasa
MCMC diminta sekat jualan dadah dalam talian: Fahmi
September 7, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Harga RON97, RON95 dan diesel tanpa subsidi naik 25 sen
3 jam lalu · Isu semasa
Haji 2027: B40 bayar RM15,000, T20 RM33,300
5 jam lalu · Isu semasa
Anwar terkesan kehilangan juruterbang Zainol Afiq dalam nahas
6 jam lalu · Isu semasa
Undang dakwa proklamasi turunkan Tuanku Muhriz tidak sah
11 jam lalu · Isu semasa
Abdul Azeez didakwa guna jawatan untuk dapat habuan
11 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok