Isu pengampunan: Zahid serah nasib Najib kepada budi bicara Agong

September 10, 2026 · Politik

Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi menyerahkan sepenuhnya keputusan berhubung nasib Najib Razak kepada Yang di-Pertuan Agong menjelang Mesyuarat Lembaga Pengampunan yang dijadualkan esok.

Ahmad Zahid berkata, keputusan akhir berhubung permohonan pengampunan itu terletak pada bidang kuasa dan kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong.

“Kita mengharapkan yang terbaik dan kerana kuasanya adalah hak mutlak Kebawah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong.

“Saya yakin budi bicara dan kebijaksanaan Tuanku akan menentukan keputusan muktamad dan hak mutlak Tuanku untuk diumumkan,” katanya selepas melancarkan Buku 13 Propaganda Perang Sun Tzu sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026, hari ini.

Mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan (LPWP) dijangka menjadi tumpuan susulan permohonan pengampunan terbaharu dikemukakan Najib.

Najib, 72, yang pernah menjadi Perdana Menteri dari 2009 hingga 2018, kini menjalani hukuman penjara selepas disabitkan bersalah dalam kes penyelewengan RM42 juta dana SRC International.

Beliau pada asalnya dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta pada 2020 sebelum Lembaga Pengampunan mengurangkan hukuman penjara kepada enam tahun serta denda kepada RM50 juta.

Najib mula menjalani hukuman di Penjara Kajang pada 23 Ogos 2022.

Dalam perkembangan berkaitan, Najib masih berdepan beberapa prosiding jenayah dan sivil berkaitan skandal 1MDB serta SRC International yang belum selesai.

Beliau turut berdepan prosiding kebankrapan susulan hutang cukai berjumlah sekitar RM1.69 bilion.

Keputusan Lembaga Pengampunan esok dijangka menjadi perhatian kerana ia akan menentukan perkembangan seterusnya berkaitan permohonan pengampunan Najib.

Berita berkaitan
Zahid jangan bawa politik ‘budak-budak’ ke Putrajaya: Mahfuz
1 jam lalu· Politik
Zahid jangan main politik isu BUDI95: ADUN Buntong
3 jam lalu· Politik
‘Penguatkuasaan undang-undang bukan serangan terhadap UMNO’ – Sheikh Umar
3 jam lalu· Politik
UMNO hormat keputusan Agong, tetap harap terbaik untuk Najib
8 jam lalu· Isu semasa
Lagi Politik terkini
DUN Melaka bakal bubar, Ab Rauf beri bayangan bulan ini
4 jam lalu · Politik
Pemuda Amanah Perak gesa SPRM semak kekayaan anak Azeez
7 jam lalu · Politik
PRU16: Zahid mahu mandat dikembali kepada rakyat
9 jam lalu · Politik
Zahid mahu GST kembali, puji sistem era Najib
10 jam lalu · Politik
Pimpinan PAS muncul di PAU, kerjasama pilihan raya jadi tanda tanya
11 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok